Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Saturday, 15 March 2014

Insaf tak?

-Journey to Jannah-

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

Thursday, 20 February 2014

110 fact tentang lelaki ??

-Journey to Jannah-

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.


5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi. 
 
-Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda.
 7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah. 

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka! 

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
-dan Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.     (fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.


50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)
51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.
52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.


58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.


61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.
63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.
71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.
84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan. 

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)
91.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

92. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
93. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

94. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

95. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

96.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

  97.Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

  98.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

99. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

100. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

101. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

102. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
103. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

104. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita). 

105. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

106. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

107. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

108. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

109. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip. 

110. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.


وسلام 

Tuesday, 18 February 2014

-Journey to Jannah-

Terlalu sempurna pada mata,

Siapalah saya untuk bertakhta,

Merendah diri menabur prasangka,
Betapa negatif mentaliti saya.. 

Bukanlah saya pilihan hatinya
Sedangkan berjuta rela menjadi haq-nya,

Saya sekadar gadis pinggiran,

Bercalit noda bergaris dosa..

Ilmunya meninggi bak gunung Kinabalu,
Hala tujunya jauh men-dahulu,

Siapalah saya untuk cemburu

Pada insan yang menjadi pemilik hatinya.

Wednesday, 18 December 2013

Wanita Yang Bodoh

-Journey to Jannah-

Ini aku..
Gadis yang kau tinggalkan,
Kini menjadi seorang wanita,
Yang kenal erti kematangan,
Kerana..
Nakhoda jiwa penuh rantaian keperitan.
Sakit dalam kesepian,
Sengsara dalam kerinduan.

Bila tiba suatu detik,
Terimbas malam itu,
Titik noda bermukah di kitab kiri,
Malaikat rela mencatatnya,
Gadis itu menderita..

Tolonglah engkau mengerti,
Betapa hancur hati gadis ini,
Yang engkau ambil madunya,
Dan kau buang bunganya,
Yang kau ambil santannya,
Dan engkau buang hampasnya.

Tiap kali kegelapan menjelma
Diruang lingkup kamar tidurnya,
Engkau kan muncul,
Mengaburi pemandangan layar kornea jiwanya,
Terjaga dek desakan bayangan belaianmu..

Gadis itu barangkali bertuah,
Masih dikelilingi rahmat Sang Pencipta,
Yang senantiasa peka akannya,
Takkan mengabaikan permintaannya..

Ketahuilah..
Engkau benar jejaka pertama,
Yang hebat bertakhta di hati,
Sehingga terbit tenggelam mentari,
Tak mampu menghapus bayanganmu..

Wahai manusia bernama lelaki,
Ini aku..
Gadis yang kau tinggalkan,
Kini mencengkam naluri wanita,
Berusaha menjadi wanita idaman,
Bahkan mahu tersenarai dalam lapisan,
Wanita yang lengkap pakejnya.

Menunggu suratan takdir dari-Nya..
Jangan kau lari dari biasan jasadku,
Jangan kau bisikkan aku adalah musuhmu,
Jangan kau padam memori luka yang kau hadiahkan padaku,
Kerana..
Tak engkau sedar,
Mungkin..
NAMAKU KAN TERCATAT DI SISI NAMAMU
Di Luh Mahfuz
-Towards the Hereafter-



Monday, 7 October 2013

Beringat

-Journey to Jannah-

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” 
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun. 


Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” 
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. 


Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” 
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. 

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” 
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. 

Thursday, 3 October 2013

Cover Photo Facebook (Islamic + Cute Version)

-Journey to Jannah-

Assalamualaikum.. 
Baru-baru ni masa lepak dekat Lab Comm (Makmal Madah Samarahan) kat Fakulti Sains Sosial, lebih kurang jam 14.48pm. terpandang atau ter-search laa beberapa cover photo untuk facebook yang cumil-cumil.
Ada laa sempat re-upload balik dalam blog aku ni. Usha-usha.. pandang-pandang laa k..


Aku paling suka cover photo atas ni sebab rasa tenang je bila pandang.


Cover Photo ni pulak nampak cool dan relax. Sesuai dengan orang yang bersederhana.


Ni cover photo yang aku pakai. Soft and Suci semacam jer. hehe


Ni pun Simple Cover Photo. Suka!


Cute Cover Photo. Cumil kan. Macam biskut.


Ketenangan. Kecantikan bunga dengan ilustrasi blur dan sharp. Disertakan Firman Allah SWT. Supaya bukak je FB terus teringat Quran. At-least sehari mengadap FB pun, mengadap jugak ayat-ayat Allah SWT.

-Journey to Jannah-

Wednesday, 2 October 2013

Misteri & Dasyatnya Azab Kubur - Books - Pustaka Azhar

-Journey to Jannah-


"Misteri & Dasyatnya Azab Kubur" adalah buku yang aku sarankan pada semua sahabat2 yang alpa sikit pasal seksa alam kubur dan mementingkan keseronokan dunia. 



Memang menakutkan, tambah-tambah bila baca cerita bagaimana keadaan kita kat Padang Masyar. Apakah jenis golongan yang kita akan masuk nanti. Sama ada yang putus kepala, kepala berupa khinzir, berjalan kaki di atas kepala di bawah, yang mulut keluar darah (Sangat menggerunkan) ataupun kita akan hadir sebagai golongan yang wajah bagai bulan purnama. . 



“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (Az-Zumar : 68).

Pesan pada diri sendiri & sahabat sekalian. ^^

-Journey 2 Jannah-