Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Saturday 27 April 2013

Arill sayang Arinna by Enna Norhidullah


Arill rasa kosong sangat hari ni kak. Arill nampak semua kejadian tu. Arill nampak dengan mata kepala Arill sendiri kak. Arill takut sangat kak. Arill takut sangat-sangat. Arill dapat rasa degupan jantung Arill terasa membahang, panas, dan penuh debaran. Bunyi dentuman hati Arill betul-betul buat Arill rasa takut sangat. Arill Nampak kejadian tu kak. Arill sangat perlukan akak sekarang ni. Arill betul-betul perlukan dakapan akak. Pelukan untuk menenangkan gundah dan ketakutan Arill sekarang ni. Arill yang mulakan kak. Arill Nampak bagaimana umi mengerang kesakitan akibat tubuhnya yang dimamah api. Arill Nampak bagaimana abah meraung mengarahkan Arill lari dari rimbunan api. Kak.. Arill takut.. Arill Nampak umi terbakar. Arill Nampak abah terbakar. Semua salah Arill kak. Arill takut kak.. tolong tenangkan hati Arill kak.. Arill takut.....
Arill dapat rasa pipi Arill basah waktu ni. Arill tahu Arill menangis. Tapi Arill takut sangat. Ramai orang kampong datang. Mereka cuba memadamkan api yang sedang seronok memamah setiap isi rumah kita. Rumah idaman kita sekeluarga kak. Tiada seorang pun yang mendekati Arill. Tiada seorang yang cuba menenangkan ketakutan Arill sekarang kak. Aril takut kak. Badan Arill dibasahi peluh kak.. Arill.....Kak Arill takut.... Arill betul-betul takut kak.... Tolonglah peluk Arill kak. Jangan biarkan Arill ingat bagaimana umi dan abah dimamah api. Arill takut kak.....
Tapi kak.. Apa yang Arill harap dari akak semua macam sia-sia. Bila Arill Nampak akak sedang berdiri dekat bawah pokok kelapa sambil akak menekup mulut memandang ke arah rumah idaman kita, Arill melangkah perlahan kearah akak. Arill nak dekat dengan akak. Arill nak akak tenangkan hati Arill.
“Kebakaran ni bermula dari arah dapur Arinna...Dengar kata Arill main mencun dekat dapur rumah...” Arill dengar apa yang makcik Mariam kata. Tapi bukan Arill yang main mercun kak. Bukan Arill. Anak makcik Mariam yang main. Dia yang paksa Arill main dalam rumah. Dia yang suruh Arill bakar mercun tu sebab mancis dah habis.. Arill Cuma ikut cakap Haris je kak. Akak kena percayakan Arill. Tapi..kenapa lepas akak pandang Arill, Arill dapat rasa akak macam nak bunuh Arill. Kak.. Tolong faham.. Bukan salah Arill.. Arill tak salah kak.. Arill takut.. Tolong Arill.. Arill dapat rasa sekali lagi pipi Arill macam sungai. Tak henti mengalir. Suara Arill pula terbayang-bayang di setiap pendengaran penduduk kampong. Akak tahu tak betapa Arill sedih bila akak pukul Arill depan semua orang. Sedikit pun akak tak pujuk atau tenangkan hati Arill. Tapi akak libas belakang Arill dengan lidi kelapa yang berserakan. Arill tak salah kak...
Selepas jenazah abah dan umi dikebumikan di Tanah Perkuburan, akak tinggalkan Arill sendirian di belakang orang ramai. Akak tak pimpin tangan Arill. Akak sedikit pun tidak pandang Arill. Hina sangatkah Arill di mata akak? Arill tak salah kak.. Yang salah tu Haris.. Tapi untuk apa Arill jelaskan pada akak. Akak takkan percaya cakap Arill. Sampai saja kami di rumah Maksu, semua orang menghampiri akak dan tinggalkan Arill dekat belakang seolah-olah Arill tak tersenarai sebagai ahli keluarga si mati. Hina sangatkah Arill pada mata akak? Burukkah Arill sampaikan Arill dipinggirkan sedemikian rupa? Arill masih takut akak.. Arill perlukan akak untuk tenangkan Arill. Arill sangat takut kak...
“Semua salah Arill..” Arill dengar Makcik Mariam masih membuka cerita. Arill dengar je kak. Arill tak nak bantah sebab kalau Arill bantah mesti akak akan marah Arill. Selama ni akak tak pernah rapat dengan Arill. Bagi akak Arill seumpama anak kutip. Tak layak menjadi adik kepada Nur Arinna. Arill memang kecil hati kak. Sebab semua letakkan kesalahan tu pada bahu Arill. Seorang anak kecil yang masih berusia 7 tahun. Kenapa Makcik Mariam lansung tak menyebut nama Haris di telinga orang kampong. Seolah-olah hanya Arill yang bersalah.
Arill duduk bersila di penjuru dinding. Arill tengok semua tenangkan akak. Usap bahu akak. Suruh akak bersabar. Tapi tak ada siapa pun yang nak pandang Arill kak. Betapa gementarnya hati Arill. Betapa seramnya hati Arill tika ini. Betapa takutnya Arill melihat umi dan abah dibakar hidup-hidup. Arill takut kak. Arill memang menangis waktu ni. Arill teringin nak berada di tempat akak. Arill cemburu pada akak. Walaupun akak dah berusia 20 tahun, masih ada yang sudi melihat akak. Faham perasaan akak. Arill nak duduk dekat dengan akak. Perlahan-lahan Arill hampiri akak. Arill tarik tangan akak. Biarpun Arill terasa sempit di setiap manusia yang datang mengucapkan takziah pada akak. Arill tetap nak berada disamping akak. Sumpah takut Arill masih tak hilang.
“Arill takut kak..” Arill bersuara sambil diiringi air mata yang melimpah ruah. Baru sahaja Arill nak letakkan dahi Arill dekat lutut akak, tiba-tiba akak bangun dan tengking-tengking Arill. Akak tonjol kepala Arill macam Arill tak ada perasaan. Akak tuduh Arill bunuh orang tua kami. Memang Arill sedih kak. Arill macam sampah dekat mata akak kan. Memang Arill malu ditengking dan diherdik dihadapan semua manusia yang ada disitu untuk menenangkan akak. Hanya akak. Arill Cuma nak akak tenangkan hati Arill kak. Arill dah tak ada sesiapa. Arill Cuma ada akak. Arill macam nak meraung waktu itu kak. Tapi Arill tahan. Sakitnya anak tekak Arill Allah saja yang tahu kak. Sakitnya seumpama Arill tak mampu bernafas. Tapi sakit lagi bila akak pinggirkan Arill dari hidup akak.
Perlahan-lahan Arill berundur ke belakang. Arill berundur kak. Arill terasa macam Arill tak ada siapa-siapa lagi. Arill memang nak akak tolong Arill. Dekat dengan hati Arill. Pujuk dan belai Arill. Tapi tiada siapa yang memahami. Arill tengok Makcik Mariam macam puas lepas Haris terlepas dari hukuman orang kampong. Tapi pernahkah Makcik Mariam fikir akan perasaan Arill? Arill kosong. Arill dah tiada sesiapa lagi.
Bila akak bawa Arill ke rumah sewa akak dekat Bandar. Arill rasa seronok sangat. Sekurang-kurangnya akak tak pernah lupa kehadiran Arill. Arill memang tinggal sehelai sepinggang. Baju Arill semua dah terbakar. Mujurlah Maksu ada bekalkan tiga helai baju milik sepupu Arill kepada Arill. Itupun Arill Nampak Firdaus tak suka dengan pemberian tersebut. Dia selalu marah Arill kak. Tapi akak Cuma buat tak tahu. Masa ke stesyen bas, akak tak nak berjalan dengan Arill lansung. Akak biarkan Arill angkut beg plastik yang terisi baju-baju yang telah sah jadi milik Arill.
Setiap malam akak mesti bawa Arill pergi kedai burger akak. Memang ramai orang lalu-lalang dekat situ. Ada juga yang datang usik akak. Arill teruja sangat tengok orang dekat Bandar. Budak lelaki dan perempuan semuanya berpegang tangan. Tak cukup dengan itu, ada yang berpeluk sakan. Kadang-kadang Arill Nampak akak layan lelaki-lelaki kaya. Arill pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang lelaki tu pegang tangan akak. Usap pipi akak. Akak pun macam tak kisah. Mungkin tu kekasih akak.
Bila balik rumah Arill selalu tanya akak siapa lelaki tu. Sebab hampir setiap malam yang datang jumpa akak adalah lelaki berbeza. Tapi bila Arill tanya akak jegilkan mata dan menyuruh Arill diam. Arill yang takut Cuma ikut je kata akak. Mungkin Arill tak patut masuk campur hal akak. Disebabkan perkara tersebut, akak dah tak bagi Arill ikut akak pergi gerai burger. Arill turutkan je permintaan akak.
Esok paginya Arill bangun awal. Arill jalan-jalan sekitar sekolah rendah yang berhampiran dengan rumah. Arill Nampak ramai murid sebaya Arill masuk sekolah. Arill cemburu sangat. Arill teringin belajar macam dulu. Tapi akak tak benarkan. Akak kata akak tak ada duit. Dan akak tak nak Arill habiskan harta akak untuk perkara tak berfaedah. Memang Arill sedih sebab akak kata Arill Cuma akan habiskan harta akak je kalau Arill sekolah. Tapi apa daya Arill nak halang akak. Arill Cuma budak kecil.
Malam tu akak suruh Arill duduk rumah. Sorang diri. Arill takut sangat. Arill macam dengar bunyi orang panggil-panggil Arill dekat tingkap dapur. Arill takut sangat kak. Kalaulah akak boleh dengar mesti akak pun akan takut. Arill dengar bunyi pinggan jatuh. Arill menjerit lepastu Arill cepat-cepat menyorok dalam selimut. Arill Nampak macam ada bayang-bayang tengah jalan tepi tilam Arill. Arill sebut nama akak banyak-banyak kali. Tanpa Arill sedar mata Arill berair. Arill pegang dada Arill, bunyinya cukup laju kak. Laju macam kereta Formula One kak. Tiba-tiba Arill rasa lucu. Arill rasa seronok dengar degupan jantung Arill. Arill pegang dada Arill lama-lama..... sampai Arill terlelap.

*bersambung*

Aku Anuti Islam by Enna Norhidullah


Bukan saya tak nak cuba awak. Saya dah cuba nak ikut apa kata Qaisy. Tapi bila saya fikir-fikir balik, rasa macam terhegeh-hegeh je ikut cakap lelaki tu. Lelaki tu kata ke kiri, saya ke kiri. Bila lelaki itu kata ke depan, maka ke depanlah saya melangkah. Jikalau disuruh saya ke belakang, kebelakang juga lah saya berundur. Sekalipun Qaisy menyuruh saya bunuh diri kan awak, kemungkinan besar saya akan bunuh diri. Kenapa? Hanya saya dan Tuhan yang tahu.

Lelaki itu Islam, awak... Budi pekertinya sangat baik. Hatinya begitu luhur. Jiwanya begitu bersih, Keikhlasan yang dipamerkan begitu tulus awak.. Cahaya yang lahir dari kedua belah layar kornea miliknya seakan memancarkan sinar yang begitu indah. Kadang-kala kan awak.. saya mampu terpana seketika. Sebaris susunan giginya putih dan bibirnya yang kemerah-merahan seakan mengundang godaan dalam hati saya awak... Seputih kulit mulus miliknya, seindah sentuhan jemarinya. kukunya? Usah dibicarakan. Kemas dan teratur. Penjagaan dirinya rapi awak.. Tutur bicaranya sopan.

Siapalah yang tidak terpikat? Sedangkan gadis kasar sekasar natrah juga mampu berubah kerana tegurannya, hanya sekadar tegurannya, apatah lagi saya yang sentiasa disampingnya. Senantiasa disampingnya selsaya pembantu dirinya.


Qaisy Muhamad Adam. Lelaki itu kacukan Palestin. Bapanya kelahiran Gaza. Saat terdengar kekecohan berita Gaza di ceroboh tentera Israel, sering saya lihat wajah Qaisy murung dan sayu. Awak.. bila saya tenung wajah Qaisy sedemikian rupa, hati saya turut pergi bersama nada perasaan yang berlagu dijiwanya. Saya seakan dipanah rasa sedih yang teramat hebat. Tapi, dia tak pernah kedekut senyuman pada saya. Awak.. Qaisy orang yang baik-baik. Saat saudaranya menderita di bumi Gaza, saya lihat Qaisy sering ke surau asrama. Berteleku sepanjang masa. Menghabiskan bacaan surah dari kitab milik mereka. Al-Quran. Entah bila awak... Terasa keinginan menyentuh kitab suci itu dalam diri saya. Tetapi saya tak layak...

“Vivian.. boleh awak tolong saya lekatkan ini pada papan kenyataan sekolah..” suaranya lembut. Jikalau saya sedang berada dalam keadaan panas hati sekalipun, saya mampu tersenyum dan mengiakan kata-katanya. Dia lelaki yang istimewa. Cukup pakejnya sebagai lelaki idaman wanita. Kalaulah saya mempunyai peluang untuk memilikinya. Terasa indahnya hidup yang saya hadapi sekarang ini awak..

Tapi awak.. kelembutan miliknya tak mampu saya perolehi sekalipun saya miliki, kerana memang bukan saya dicipta untuknya. Sedari kecil, kami dibesarkan bersama. Bermain bersama, belajar bersama malah hampir kesemuanya saya lakukan bersama dirinya. Seolah-olah Tuhan telah beri petunjuk pada diri saya bahawa saya untuknya. Tapi tak semudah itu awak... Qaisy orang islam, dan saya bukan Islam. Saya teringin malah kempunan untuk merebut kedudukan di kerusi bernama Islam. Tapi mummy dan daddy tak pernah benarkan. Bagi mereka, keluarga Qaisy hanya orang gaji! Tidak lebih dari itu.. Malah Qaisy tidak layak berdamping dengan saya! Dan saya dijodohkan dengan awak..

Awak tahu betapa saya bencikan awak! Sebesar benci saya terhadap agama yang saya anuti! Sebesar gunung yang tak mampu awak tempuhi! Sebesar alam cakerawala pun saya tak pasti! Demi Tuhan.. Saya tak sanggup hidup dengan awak.. Bagi saya, awak bukan siapa-siapa. Sedari zaman kanak-kanak hinggalah ke zaman Universiti, yang terpahat dihati saya hanyalah Qaisy Muhamad Adam. Bukan awak! Awak memaksa saya mencintai diri awak sedangkan awak adalah orang yang paling saya benci! Sudahlah Darius.. Saya perlu hidup saya sendiri.. Benarkan saya terus mencintai Qaisy biarpun bukan nama saya di hati miliknya. Saya tak sanggup lagi melukai hati awak, juga saya tak tegar mencakar hati milik saya sendiri. Fahamlah suamiku... Saya bukan untuk awak sebagaimana Qaisy bukan untuk saya...

Awak kata saya bodoh? Ya! Saya terlalu bodoh, bodoh sangat-sangat, awak.. Saya tak pintar membuka langkah, menutur bicara kepada orang tua saya yang saya masih belum sedia menjadi seorang isteri kepada lelaki yang saya tak cintai. Saya sedar Darius... Qaisy Muhamad Adam sudah tiada.. Sudah pergi menghadap Ilahi.. Tapi benarkan saya terus mencintai dirinya, juga mencintai agama yang dianutinya. Agama milik Nabi Muhammad SAW. Saya percaya dengan kewujudan Nabi Muhammad SAW sebagai suruhan Allah SWT, dan saya percaya dengan kewujudan Allah sebagai tuhan yang wajib disembah. Maafkan saya Darius...



Meskipun bukan saya yang memiliki Qaisy..
Tapi benarkan agama Islam memiliki diri saya...
Cinta saya bukan sahaja pada Qaisy..
Juga pada agama anutannya..
Selamanya...
Maafkan saya....

Friday 26 April 2013

I WANNA BE A PHOTOSHOOT MODEL

Assalamualaikum..

Muwahahahaha... walaupun aku ni dah ada iltizam dan semangat nak berubah, tapi impian aku sejak kecik nak jadi artis ni memang tak pernah padam. Masa dok belajaq kat UNIMAS ni pun still lagi dok promote diri as MAYA KARIN. Hahaha.. macam muka tak malu jak kan?? Biaq pi laa!! Ada aku kesah!! Bukannya aku tayang apa-apa pun. Saja suka2 nak mengaku diri artis. Lalala...

So, ni laa photo yang sempat aku ambik sebagai model.. Ala-ala ngaku diri tu model. (>__<") uikk!!!

Gambar 1 diatas menunjukkan photo aku yg telah aku shoot y myself then aku edit jugak sendiri2.. =( huhux.. kesian kat aku..

Tapi walaubagaimanapun, aku akan make sure even aku tak dapat jadi artis, aku nak jadi orang yang beriman di dunia dan akhirat. Walaupun nak jadi orang yang beriman tu susah, tambah-tambah dunia akhir zaman ni, tapi aku akan cuba. Aku nak bahagiakan mak bapak aku dulu. Bukan nak kata rezeki artis tak halal. Tapi sesungguhnya ALLAH swt tahu apa yg terbaik untuk diri aku. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu"
Surah Al-Baqarah : Ayat 216

Biar aku jadi CIKGU! Hehe..

Sunday 21 April 2013

SAJAK ISLAM

Kebesaran ilahi

Lihatlah wahai temanku
Bumi yang luas terbendang yang penuh warna-warni
Lihatlah wahai temanku
Langit yang penuh dengan hiasan keajaiban
Semua itu adalah dicipta dari NYA
Untuk tatapan kita sekalian ummat
Tanda kasih NYA kepada kita
Tapi
Apakah kita pernah bersyukur
Dengan pemberian NYA yang agung itu
Tanya diri kita…

Kini segelintir dari insan seagama kita leka
Dan sanggup mengekutui Tuhan yang ESA
Iaitu pencipta Agung
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga
Diciptakan oleh Allah Maha Pencipta
Dimana silapnya?
Tepuk dada Tanyalah minda siapa kita…

Dengan itu bersyukurlah wahai sahabatku
Agar dirimu terhidar dari Laknatullah

Lihatlah langit wahai sahabatku
Apakah kita pernah terfikir
Betapa agungnya ciptaan Tuhan yang ESA itu
Dengan menciptakan keindahan cakerawala
Yang tersirat indahnya dimata setiap insan
Lihatlah
Lihatlah betapa sayangnya robbul jalil kepada kita
Dicipta NYA setiap keperluan kita ummat manusia
Dengan itu mengapa masih ada lagi insan yang ego

Apakah kita merasa kita lebih perkasa
Apakah kita merasa kita lebih hebat
Apakah kita merasa kita lebih agung
Apakah kita merasa kita lebih kaya
Dan
Apakah kita merasa kita lebih berkuasa atas sesuatu
Ingatlah
Ingatlah wahai semua
Yang lebih itu hanyalah Tuhan yang satu iaitu Allah

Hilangkanlah kesombongan yang merasuk jiwamu
Hilangkanlah keegoan yang meracun hatimu
Kerna semua itu hanya membuat dirimu dimurkai
Hiasilah dirimu dengan kebesaran Ilahi
Sesungguhnya kita amat kerdil disisi-NYA
Dan sesungguhnya
Sebaik-baik ummat adalah mereka yang sentiasa
Mengingati-NYA


dari : Pujangga Cinta @http://jejakasepi91.blogspot.com/2009/02/sajak-islam.html

HUKUM KETAWA


HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

CARA NABI SAW BERGURAU
Nabi Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,

"Wahai ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."

Selepas mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,

Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)

CARA NABI KETAWA..
- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.
* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.

ETIKA BERGURAU SENDA...
Dr Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!

2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut. 

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."

Nabi juga ada bersabda,
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya seMuslim.
(Hadis Muslim - sahih)

Penghinaan itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah : mengolok-ngolok).

Saidatina Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu, Baginda bersabda,
Maksudnya : Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)

3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis Thabrani - sahih)

Nabi bersabda,
Maksudnya : Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.
(Hadis Ahmad - sahih)

4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang melawak.

Dalam Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, "Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai."

5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Saidina Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.
begitulah indahnya Islam ini..mengajar kita sentiasa bersederhana walaupun dalam gurau senda.. sederhana walaupun tika tertawa.. hanya diri sendiri yang sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar..

sukar sebenarnya mendidik diri untuk tidak tertawa pada perkara yang sia-sia dan sekadar mengisi masa lapang..kadang-kala waktu santai selepas makan pun banyak dihabiskan dengan tawa..riuh rendah di kedai makan pun banyak terisi dengan gurau senda.. terpukul rasanya bila mengetahui bahawa Baginda saw hanya tertawa pada perkara yang benar.. moga2 titipan ini mampu menjadi ingatan buat diri,dan juga semua saudara seakidah yang dikasihi..

ingatan buat diri dan semua yang dikasihi..

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.

wallahu'alam..moga ada nilaian tiap sesuatu disisi Allah..aminn..

KOLEKSI HADIS TENTANG SAHABAT


Moga berguna untuk pedoman :)


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)

Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Firman Allah SWT yang bermaksud,
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)



Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.



Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).


Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata,
“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
Sahabat yang tamak   : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta                                        yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu    : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan :
“Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula :
“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Taman2Syurga
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Sabar Menghadapi Ujian Hidup
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
 
Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya"sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
 
 
Keenam:
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..


i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.

Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan

b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.

c. Ujian ke atas orang perseorangan

d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.

e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.


Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.

b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.

c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.

d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting
a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya

b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.

c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.

d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.

e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

 

Saturday 20 April 2013

Cerita Bodo dan Poyo Serta Nasihat dan Amalan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. selesai dah exam mid term untuk sem ni.. Tapi dok risau banyak lagi assignment-assignment dgn assessment yang kena buat and belum di submitkan lagi. Memandangkan aku pun Alhamdulillah.. hampir baik.. hidup lagi, bernyawa lagi.. dah tak buat kecoh dah.. kiranya aku dah boleh fokus sangat-sangat dekat assignment-assignment yang wujud ssejak aku daftar sem dua ni lagi.. =_=" (rimas betoi aku dgn assignment ni!)

Hmm.. berbalik kepada cerita yang aku nak cerita.. Aku ni rasa macam nak cerita pengalaman aku pasal histeria tu. Rasa macam nak je cerita macam mana perasaan kena histeria ni. Tapi tak tau lah elok ke tak bukak topik ni. Hmm.. (berfikir sejenak).. 

Rasanya macam tak payah cerita jelaa.. Tapi sungguh nak habaq mai, dia punya feeling tu pelik semacam masa sedar.. tiba-tiba rasa macam tak boleh kawal diri, lost control, pastu tiba-tiba bila tersedar, bukak mata.. SEMUA ORANG DOK BUAT PANDANG PELIK! Hahahaha... Rasa macam orang bodo yang tak tau cerita pun ada.. Bila tanya balik.. semua dok kata.. " TAK DAK APA AIH..." geeram aku! Poyo rr depa ni..

Hampa buleh terima dak tiba-tiba hampa pun tak tau apa salah hampa.. apa sebab musababnya.. tiba-tiba member baik hampa terus tinggalkan hampa sorang-sorang. Hampa nak pi kelas pun sorang-sorang.. Pi exam pun sorang-sorang... Tapi tu yang jadi kat aku! Aku rasa macam orang bodo gila.. Sakit hati! Pastu dok tak abih-abih ada sorang member laki pandang aku pelik ja.. aku rasa macam nak marah pun ada.. seriau pun ada!! Apa salah aku??

SEDIH!!! (>__<")


Buat gelabah aku jer.. Aku nampak aku tak cakap depa marah.. aku nampak aku cakap depa lari.. Mana satu aku nak buat?? Cer habaq mai sat!

Apa-apa pun.. kepada sesiapa yang rasa diri dia macam aku, nak nasihat.. kuatkan semangat.. jangan bersedih..

Firman Allah SWT :
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman,"
(Surah Ali Imran : Ayat 139)

Semua tu ujian.. Allah SWT ni nak uji.. nak tengok hambaNya ni beriman ke tidak. Bila ditimpa masalah apa yang kita sebagai hambaNya kena buat. Marah ka.. Sedih ka.. Bunuh diri ka... Ataupun kita berbalik kepada DIA.. Itu tujuan Allah..

Firman Allah SWT :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut : Ayat 2 - 3)

Dah jelas bukan.. kalau ikut Al-Quran pun kita patut tahu yang apa pun dugaan yang jadi kat dunia ni adalah ujian Allah SWT untuk kita (pandai bagi nasihat, aku pun histeria jugak!) Kata nak jadi orang beriman, takkan pandai cakap dekat mulut jer.. Allah nak uji laa tu beriman ataupun tidak. Haha.. tapi xpala.. mudah-mudahan  beberapa potongan ayat dan kaedah merawat hati di bawah dapat membantu memulihkan sesiapa yang ingin pulih..

BERUSAHA!

1. Amalkan membaca Al-Quran
2. Jangan tinggal Solat
3. Percaya Allah SWT menjadi pelindung yang terbaik. (Ingat! Apa yang berlaku semua kehendak dan atas izinNya, redha dan mintak pelindung dariNya)
4. Amalkan baca Surah Al-Fatihah, Ayatul kursi (Al-Baqarah ayat 255-256)-kalau nak sambung ke ayat 260 lebih baik.
5. Amalkan Surah 3 Qul ( Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
6. Surah Taha (Ayat 69)
7. Sebelum tidur ambik wuduk, niat tidur kerana Allah ( Hidup atau mati diserahkan semua padaNya)
8. Baca Surah Al-Mulk atau Surah Jiin.
9. Kalau terjaga dari mimpi cthnya mimpi yang terkejut, ucap Astaghfirullah dan kembali mengambil wuduk.

Mudah-mudahan semua baik-baik belaka..

~Sekian~ 

Tuesday 16 April 2013

~Air Di Layar Kornea~

Siapa sanggup??
Menitiskan air mata..
Setiap Ketika
Di tubir mata..

Siapa mahu??
Ulas bibirnya
Dihiasi sahaja
Dengan kemurungan..

Siapa minta??
Hati di sinari
Cahaya Kecintaan..
Yang membawa duka..

Siapa duga??
Keikhlasan cinta..
Memukul lara
Jiwa hingga parah...

SIAPA YANG MENADAH TANGANNYA UNTUK KEPERITAN??

Terangilah Hatimu Dengan Kalam Allah (Al-Quran)

Kita selalu bertanya, maka Al-Qur'an menjawab...

1. Kenapa aku diuji???

Al-Qur'an jawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku ingin-inginkan???

Al-Qur'an jawab : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah Al-Baqarah : 216)

3. Kenapa ujian seberat ini?????

Al-Qur'an jawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah Al-Baqarah : 286)

4. Kenapa aku rasa kecewa????


Al-Qur'an jawab : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
( Surah Ali Imran : 139)

5. Bagaimanakah harus aku menghadapinya????

Al-Qur'an jawab : " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
( Surah Al-Baqarah : 45)

6. Kepada siapakah harus aku berharap???

Al-Qur'an jawab: "Cukuplah Allah bagiku tiada tuhan selain daripada-Nya, Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
( Surah At-Taubah : 129)

7. Apa yang aku dapat daripada ujian ini???

Al-Qur'an jawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
( Surah At-Taubah : 111)

8. Aku sedih!!!

Al-Qur'an jawab : " Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)"
(Surah Ali Imran : 140)

9. Aku tak tahan!!!!

Al-Qur'an jawab : ".......dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kamu yang kafir".
( Surah Yusuf : 12)

10. Sampai bilakah aku akan merana begini???

Al-Qur'an jawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah Al-Insyirah : 5 - 6)

Sabda Rasulullah saw "Saya sungguh telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya" (AlHakim)


Sesungguhnya Allah swt telah memberikan penyelesaian kepada setiap masalah, penawar kepada setiap penyakit...semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dri ayat-ayat tersebut dan sebagai panduan utk kita dalam mengharungi ombak dalam layar kehidupan kita sbg hamba Allah S.W.T..... renung2kan dan selamat beramal.....wallahua'lam.......

~Makhluk~

Datangnya kau tak ada aku minta
Kehadiran kau untuk apa?
Rasa maluku bertambah
Kekuatanku hilang
Lesap entah kemana?

Sunyi hatiku kau isi dengan dendam
Kau buat aku lupa Tuhan
Kau buat aku tak turut sunnah
Kau buat aku lemah!

Kebas mukaku kau datang
Dengan nawaitu kau bertandang
Menjengah jiwaku yang lembik
Dicakar manusia hingga robek..

Kau buat aku sebagai medan
Pertempuran kau dengan manusia
Tapi kau dan aku berbeza badan
Niat engkau hanya sia-sia

Makhluk.. kita tak sama
Kau dengan dunia engkau
Dan aku dengan dunia aku..

Moga islam mu menjauhkan dirimu dari kejahatan..
Zaid...

~Ceritera Madah Bercinta~

cinta

ikhtibar cinta
mengulangi yang lama
kisah yang sama
mencakar jiwa
berbeza saudara

ikhtibar cinta
cukuplah cinta
membataskan perbedaan
yang pernah disayang
kepada yang tidak dikenali..

ikhtibar cinta
jadikan pengajaran
kasihmu belum tiba
tabahkan hati..
cekalkan jiwa..