Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Tuesday 17 September 2013

Mati itu Pasti!!




Bukan mencuri masa, tetapi menjentik hati supaya mengenal KEMATIAN!


-RENUNGKAN- 
● ada pasangan yang mati ketika sedang leke berzina .. ● tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran .. 
● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta .. ● tapi kita masih nak bercumbu2 tanpa rasa berdosa .. 
● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting .. ● tapi kita masih nk berdeting walaupun belum kahwin .. 
● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB .. ● tapi kita masih bernafsu upload gambar berbagai gaya di FB .. 
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam .. ● tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan pasangan couple .. 
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari .. ● tapi kita masih lagi nak berkunjung konon melepas tension .. 
● ada pasangan yang pecah telinga ketika leke bergayut .. ● tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi .. 
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat .. ● tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat.

-Journey to Jannah-

Friday 13 September 2013


Memang layan yang amat-amat,
Bila pepagi subuh yang aman damai kat Alamanda ni,
aku dengan rajinnya bangun awal pagi,
basuh baju, lipat kain, sidai kain,
dengan rajinnya,
aku online..
cari ilmu baru..

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

So, sebenarnya saja nak cakap.. ilmu tu penting.
Cari kat mana pun boleh.
Aku cari kat internet dengan online facebook,
dapat ilmu sikit.
Tiba-tiba rasa rindu kat mak.
Aku pun terus cari lagu penyanyi yang namanya Sanisah Huri.
Cuz aku ingat dia penyanyi lagu yang tajuknya..
AKU, DIA dan LAGU..
walaupun aku tau mak aku tak suka lagu tu.
Mak aku layan lagu A. Ramlie, DJ Dave cenggitu..
Tapi entah pasepa.. bila ingat mak aku, aku rasa macam nak dengar lagu Aku dia dan lagu.

Rindu laa kat mak.
Rindu sangat kat bapak.
Rindu dekat Adik Teah, Adik Ucop
Rindu Simba sangat-sangat..

Kat sini semua masalah kena fikir dan selesaikan sendiri.
Mood nak belajar pun dah hilang.
Tapi aku kena banyak sabar,
Kan Allah SWT pernah pesan..
tentang ujian dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Kena pegang Firman Allah tu. Insya-allah..
Allah dah sediakan yang terbaik buat aku kat sini.
Adalaa tu sebab musabab kenapa aku mesti diuji macam tu.

Kuatkan semangat!
Hoyeah!!

-Journey to Jannah-

MATI ITU PASTI


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali Imran : 185).



“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
(Luqman : 34).

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” 
(Al-Anbiya : 35).

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
(Ali Imran : 145)

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukan ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya).” 
(Al An-am : 2).

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘semuanya (datang) dari sisi Allah’. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” 
(An-Nisa’ : 78).

“Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?” 
(Al-An’am : 95).

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat.” 
(Al-Mukminun : 12-16).

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” 
(Al-A’raf : 57).

“Dan sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya bahwa kamu melihat bumi itu kering tandus, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya tentu dapat menghidupkan yang mati, sesungguhnya dia mahakuasa atas segala sesuatu.” 
(Fushshilat : 39).

“Katakanlah, ‘Allahlah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” 
(Al-Jatsiyah : 26).

“Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.” 
(Fathir :22).

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.” 
(Az-Zumar : 42).

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” 
(Az-Zumar : 68).

“(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam, tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut.” 
(An-Nazi’at : 6-8).

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.” 
(Al-Haj : 1-2).



MATI itu pasti! Bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan sampai nafas di kerongkong baru kita tersedar dan masa itu sudah tiada peluang untuk bertaubat kepadaNYA..Ya ALLAH matikanlah aku, keluargaku,saudara maraku dan sahabat seperjuanganku dalam husnul khatimah dan limpahkanlah rahmatMu bersama kami.

-JOURNEY TO JANNAH-
-copy and paste from : (http://cahayaa-mataa.blogspot.com)

Sunday 8 September 2013


Assalamualaikum sedara sedari sekalian. Baru-baru ni gua ada laa berjumpa dengan sorang hamba allah ni. Cerita pasal dia ni tak tawu camne nak bagitau buah hati dia (Okeyh, dgr mcm poyo je kan) yang dia ni rindu sangat. 

Memang laa senang kita nak cakap..

"Weyh, gua rindu sama lu beb, rindu tahap dewa!!"

Tapi, masalahnya keegoan dan kehidupan berlandaskan syarak tu wujud dalam hidup kita as manusia di muka bumi allah yang penuh tipu daya ni. Oleh itu, kita (tambah-tambah pompuan) mana boleh sesuka hati says : 


Weyh! Aku cinta kau! (Jap.. muntah sat)
Weh.. aku rindu kau! (Okeyh, muntah sekali lagi)


We! As a human, as a women, as Hamba Allah should know where we should stand in this world. (<-- saja nak speaking wpun ayt terabur2.. ngeh3)

So, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat 32 yang menyatakan 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat,"

Tapi, ada jugak orang pertikaikan. Kalau tak bercinta, kalau tak rindu, camne nak kahwen weyh. Ada jugak sesetengah orang yang cakap "jodoh tu Allah dah tentukan, tunggu jelah.." Tapi sebenarnya, betul jugak pendapat yang cakap kalau tak bercinta, camne nak kahwin.

Bukanlah maksud aku mesti bercinta! Tapi kita mestilah mengenali pasangan kita dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Takdelah nanti bercerai berai. Nauzubillahminzalik.. Dunia zaman sekarang, bukan dunia zaman dulu, manusia zaman sekarang ni banyak halus mulus, suci muci.. sopan mantun (AMARAN : MOHON JANGAN TIRU LARAS BAHASA MELAYU SAYA) tapi, hakikatnya kita tak dapat nak mengenali hati budi milik sesorang manusia tu walaupun dia sebahagian daripada saudara mara kita. Mesti pernah dengar pesan orang tua-tua dulu :

RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN

Ye tak?? Jadi, sebenarnya islam pun ada kaedah jugak untuk kita bercinta dan menyatakan rindu. Tetapi, melalui perantaraan. Bukan maksud aku kita bagitau kau mak kita soh mak kita pi bagitau kat orang yang kita rindu tu. No! Bukan.. kita guna perantaraan kita dengan Tuhan kita yakni Allah SWT. Kerana sesungguhnya perasaan cinta dan rindu ini hakikatnya suatu anugerah dari-Nya jugak untuk kita merasa bahagia. Bila bahagia kita mestilah bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Bila bersyukur mesti sujud pada-Nya.

Berikut, kaedah untuk menyatakan cinta dan rindu pada orang yang kita suka.

Ni doa kalau kita rindukan seseorang. Aku kopi dan pasta ja kat blog aku! sumber : muslimahberduri.blogspot.com

Ni pulak doa kalau ada orang menyatakan cinta. Aku kopi dan pasta gak dari facebook. Sumber : www.facebook.com/kamipeminatustazazharidrus

Mudah-mudahan dapat membantu.

-Journey to Jannah-
Jenjalan kat AloQ SetaQ aka Alor Setar

Kemarin, tanggal 7 September 2013, aku dengan family aku keluar jugak berjalan-jalan walaupun sekitar kawasan Kedah jugak. Alasan keluar nak cari baju untuk adik-adik aku kat Sarawak. (Err.. adik angkat)
       Di samping itu, kami singgah jugak rumah abang ngah aku yang ada kat sana. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, kami rasa seronok sangat.
       Pui.. macam karangan budak dejah satu je kan??
       “Pada tanggal 7 september yang lepas, saya dan keluarga saya melawat ke sebuah kedai di ALor star yang dipanggil PEKAN RABU.”

(=_=)”
BORINGGG….

Tapi kes utama nak cerita adalah, kan sebelum ni aku pernah gaduh dengan adik aku yang aku panggil Reyhan Akasma ni. Susah jugak hati aku berminggu-minggu. Yelah, dekat sebulan jugak kami tak bertegur sapa. Tapi Alhamdulillah.. lepas keluar jalan-jalan, kami dah boleh bercakap dan ketawa macam biasa.



Sempat jugak, waktu zohor tu kami pergi masjid dekat gurun untuk menunaikan solat zohor. Time macam tu, aku terus terlupa macam mana nak solat jamak atau qasar. Was-was..
       Last-last mak aku pesan, solat je macam biasa kalau was-was. Huh! Nampaknya ilmu basic cenggitu pun aku tak kuasai lagi. Pasni kena banyak belajar.
       Sepanjang perjalanan, sempat jugak singgah kat tempat-tempat lain untuk photoshoot. Yelah, adik aku dapat hadiah henset kot dari tuning dia. Untung dia..
       Handset mahai plak tu..
       Berikut dipaparkan 2 keping gambar yang aku rasa paling elok laa kot..




Mudah-mudahan akan jadi kenangan untuk aku masa dekat Sarawak nanti. 

_Salam loveable - Sarang Surowo-
-Journey to Jannah-

JAM TU BERHARGA

Seutas/Sebuah Jam tangan.


    Pada petang yang indah lagi nan permai, sambil ditemani lagu Hello Hello nyanyian FT Island, gua teringat kejap dengan sorang member gua masa zaman sekolah menengah.


 Haha.. Bila ingat dia, gua ase nak tergelak betei..
    Budak ni spesel kot. Kot??
    Bunyi macam tak yakin je kan dia spesel ke tidak.. Hehe. Taklah, dia memang spesel. Spesel bukan setakat taipan tangan, tapi di hati. Gua approve dia ikhlas sebagai member baik gua. Tapi masalahnya dia lelaki.
    Ops!! He’s a guy??
    Spesel dihati??
    Boyfriend gua ke??
    Haha.. taklah! Dia member gua jer. Baik beb. Bila gua sedih, walaupun bukan sebab dia, sweet jer dia datang pujuk. Gua betei suka benau jadi member dia. Sebab tu gua suka kawan ngan dia. Dia paham gua!
    Hakikatnya masa time kolah dulu, tak penah lansung bercakap. Mungkin pernah.. (mungkin.. =_=) tapi tak ingat/ tak perasan/ mungkin rasa peristiwa tu tak penting. Tapi sekarang ni, bila gua kenal dia betul2 masa kerja kat kilang time cuti semester 2 bulan ni, bawu gua perasan, he’s such a kind guy.
    Teringat gak cara dia tegur gua masa gua mula-mula masuk kerja. Haha.. akal nak menegur, dia datang sembang dengan akak sebelah gua. Pastu gua ni yang tengah gamak focus (Huhu.. tangan ni laju jer insert komponen, mana tak nyer.. excited dapat kerja), curi-curi dengar jugak pe dia sembang. Yelah, gua macam kenal dia kot.. (macam jer.. gua tak bape cam sangat kat mana gua penah jumpa dia)..
    Sarjan Kadet Polis!
    Tu yang dia panggil gua masa mula-mula berkenalan. Agaknya kot. Tak ingat sangat. (Biasalah.. masalah struktur daya ingatan..) Haha.. Best berkawan ngan dia sampailah gua nak berhenti kerja. Dia nangis?? Okeyh, tipu. Gua tak Nampak dia nangis. Tapi, dia tak nak tengok gua salam tangan akak-akak yang lain. Sedih ker?
    Sedihlah kot pisah ngan member macam gua. Hek3..
    Ingat sonang dapat member macam gua??
    Gua memahami.
    Gua caring.
    Gua loving.
    Gua sporting.
    Gua childish.
    Gua positive.
    Semua gua!! Hehe..
    Bila dah last day keje, tak dapat laa nak jumpa sangat. Brapa hari kemudian, dia datang umah gua.
    Merisik??
    Ehh.. idaklah.. Hahaha..
    Bukan merisik.
    Dia bagi gua hadiah.
    Bukan baru.
    Tapi dari pergelangan tangan dia.
    Gua sedih kot. Mana ada orang pernah bagi gua hadiah. (Kado) _err.. ibu, bapa, adik beradik dikecualikan.._
    Dia bukak jam tangan yang dia sayang. Dia bagi cenggitu je kat gua. Warghh!! Gua appreciate sangat. Jam tangan gua yang lama, macam nak ja gua bagi dia. Tapi..


    Jam tangan gua tu jam pompuan. Tengok nombor pun tak Nampak. Huhu.. bila dia bagi jam ni, teringat gua dengan citer OMBAK RINDU, time Hariz kasi hantaran kat Izzah. Hantaran dorang jam tangan. Haha.. Layan doe..
   





Walau apa pun, gua nak berterima kasih kat member baik gua tu yang bernama A***u* I***m.. Gua akan jaga jam ni bebaik. Gua sayang jam ni sebab jam nil u yang kasi.
    Thanx a lot!

-Salam Penuh Penghargaan-

-Journey to Jannah-