-Journey to Jannah-
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.
91.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
93. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah
Selawat & Salam
Thursday, 20 February 2014
Tuesday, 18 February 2014
-Journey to Jannah-
Terlalu sempurna pada mata,
Siapalah saya untuk bertakhta,
Merendah diri menabur prasangka,
Betapa negatif mentaliti saya..
Bukanlah saya pilihan hatinya
Sedangkan berjuta rela menjadi haq-nya,
Saya sekadar gadis pinggiran,
Bercalit noda bergaris dosa..
Ilmunya meninggi bak gunung Kinabalu,
Hala tujunya jauh men-dahulu,
Siapalah saya untuk cemburu
Pada insan yang menjadi pemilik hatinya.
Wednesday, 18 December 2013
Wanita Yang Bodoh
-Journey to Jannah-
Ini aku..
Gadis yang kau
tinggalkan,
Kini menjadi
seorang wanita,
Yang kenal erti
kematangan,
Kerana..
Nakhoda jiwa
penuh rantaian keperitan.
Sakit dalam
kesepian,
Sengsara dalam
kerinduan.
Bila tiba suatu
detik,
Terimbas malam
itu,
Titik noda
bermukah di kitab kiri,
Malaikat rela
mencatatnya,
Gadis itu
menderita..
Tolonglah engkau
mengerti,
Betapa hancur
hati gadis ini,
Yang engkau
ambil madunya,
Dan kau buang
bunganya,
Yang kau ambil
santannya,
Dan engkau buang
hampasnya.
Tiap kali
kegelapan menjelma
Diruang lingkup
kamar tidurnya,
Engkau kan
muncul,
Mengaburi
pemandangan layar kornea jiwanya,
Terjaga dek
desakan bayangan belaianmu..
Gadis itu
barangkali bertuah,
Masih
dikelilingi rahmat Sang Pencipta,
Yang senantiasa
peka akannya,
Takkan
mengabaikan permintaannya..
Ketahuilah..
Engkau benar
jejaka pertama,
Yang hebat
bertakhta di hati,
Sehingga terbit
tenggelam mentari,
Tak mampu
menghapus bayanganmu..
Wahai manusia
bernama lelaki,
Ini aku..
Gadis yang kau
tinggalkan,
Kini mencengkam
naluri wanita,
Berusaha menjadi
wanita idaman,
Bahkan mahu
tersenarai dalam lapisan,
Wanita yang
lengkap pakejnya.
Menunggu suratan
takdir dari-Nya..
Jangan kau lari
dari biasan jasadku,
Jangan kau
bisikkan aku adalah musuhmu,
Jangan kau padam
memori luka yang kau hadiahkan padaku,
Kerana..
Tak engkau
sedar,
Mungkin..
NAMAKU KAN
TERCATAT DI SISI NAMAMU
Di Luh Mahfuz
-Towards the
Hereafter-
Monday, 7 October 2013
Beringat
-Journey to Jannah-
Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.
Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.
Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.
Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.
Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.
Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.
Thursday, 3 October 2013
Cover Photo Facebook (Islamic + Cute Version)
-Journey to Jannah-
Assalamualaikum..
Baru-baru ni masa lepak dekat Lab Comm (Makmal Madah Samarahan) kat Fakulti Sains Sosial, lebih kurang jam 14.48pm. terpandang atau ter-search laa beberapa cover photo untuk facebook yang cumil-cumil.
Ada laa sempat re-upload balik dalam blog aku ni. Usha-usha.. pandang-pandang laa k..
Aku paling suka cover photo atas ni sebab rasa tenang je bila pandang.
Cover Photo ni pulak nampak cool dan relax. Sesuai dengan orang yang bersederhana.
Ni cover photo yang aku pakai. Soft and Suci semacam jer. hehe
Ni pun Simple Cover Photo. Suka!
Cute Cover Photo. Cumil kan. Macam biskut.
Ketenangan. Kecantikan bunga dengan ilustrasi blur dan sharp. Disertakan Firman Allah SWT. Supaya bukak je FB terus teringat Quran. At-least sehari mengadap FB pun, mengadap jugak ayat-ayat Allah SWT.
-Journey to Jannah-
Wednesday, 2 October 2013
Misteri & Dasyatnya Azab Kubur - Books - Pustaka Azhar
-Journey to Jannah-
"Misteri & Dasyatnya Azab Kubur" adalah buku yang aku sarankan pada semua sahabat2 yang alpa sikit pasal seksa alam kubur dan mementingkan keseronokan dunia.
Memang menakutkan, tambah-tambah bila baca cerita bagaimana keadaan kita kat Padang Masyar. Apakah jenis golongan yang kita akan masuk nanti. Sama ada yang putus kepala, kepala berupa khinzir, berjalan kaki di atas kepala di bawah, yang mulut keluar darah (Sangat menggerunkan) ataupun kita akan hadir sebagai golongan yang wajah bagai bulan purnama. .
“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (Az-Zumar : 68).
Pesan pada diri sendiri & sahabat sekalian. ^^
-Journey 2 Jannah-
Tuesday, 17 September 2013
Mati itu Pasti!!
Bukan mencuri masa, tetapi menjentik hati supaya mengenal KEMATIAN!
-RENUNGKAN-
● ada pasangan yang mati ketika sedang leke berzina .. ● tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran ..
● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta .. ● tapi kita masih nak bercumbu2 tanpa rasa berdosa ..
● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting .. ● tapi kita masih nk berdeting walaupun belum kahwin ..
● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB .. ● tapi kita masih bernafsu upload gambar berbagai gaya di FB ..
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam .. ● tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan pasangan couple ..
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari .. ● tapi kita masih lagi nak berkunjung konon melepas tension ..
● ada pasangan yang pecah telinga ketika leke bergayut .. ● tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi ..
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat .. ● tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat.
-Journey to Jannah-
Subscribe to:
Posts (Atom)










