Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Tuesday, 18 February 2014

-Journey to Jannah-

Terlalu sempurna pada mata,

Siapalah saya untuk bertakhta,

Merendah diri menabur prasangka,
Betapa negatif mentaliti saya.. 

Bukanlah saya pilihan hatinya
Sedangkan berjuta rela menjadi haq-nya,

Saya sekadar gadis pinggiran,

Bercalit noda bergaris dosa..

Ilmunya meninggi bak gunung Kinabalu,
Hala tujunya jauh men-dahulu,

Siapalah saya untuk cemburu

Pada insan yang menjadi pemilik hatinya.

Wednesday, 18 December 2013

Wanita Yang Bodoh

-Journey to Jannah-

Ini aku..
Gadis yang kau tinggalkan,
Kini menjadi seorang wanita,
Yang kenal erti kematangan,
Kerana..
Nakhoda jiwa penuh rantaian keperitan.
Sakit dalam kesepian,
Sengsara dalam kerinduan.

Bila tiba suatu detik,
Terimbas malam itu,
Titik noda bermukah di kitab kiri,
Malaikat rela mencatatnya,
Gadis itu menderita..

Tolonglah engkau mengerti,
Betapa hancur hati gadis ini,
Yang engkau ambil madunya,
Dan kau buang bunganya,
Yang kau ambil santannya,
Dan engkau buang hampasnya.

Tiap kali kegelapan menjelma
Diruang lingkup kamar tidurnya,
Engkau kan muncul,
Mengaburi pemandangan layar kornea jiwanya,
Terjaga dek desakan bayangan belaianmu..

Gadis itu barangkali bertuah,
Masih dikelilingi rahmat Sang Pencipta,
Yang senantiasa peka akannya,
Takkan mengabaikan permintaannya..

Ketahuilah..
Engkau benar jejaka pertama,
Yang hebat bertakhta di hati,
Sehingga terbit tenggelam mentari,
Tak mampu menghapus bayanganmu..

Wahai manusia bernama lelaki,
Ini aku..
Gadis yang kau tinggalkan,
Kini mencengkam naluri wanita,
Berusaha menjadi wanita idaman,
Bahkan mahu tersenarai dalam lapisan,
Wanita yang lengkap pakejnya.

Menunggu suratan takdir dari-Nya..
Jangan kau lari dari biasan jasadku,
Jangan kau bisikkan aku adalah musuhmu,
Jangan kau padam memori luka yang kau hadiahkan padaku,
Kerana..
Tak engkau sedar,
Mungkin..
NAMAKU KAN TERCATAT DI SISI NAMAMU
Di Luh Mahfuz
-Towards the Hereafter-



Monday, 7 October 2013

Beringat

-Journey to Jannah-

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” 
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun. 


Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” 
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. 


Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” 
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. 

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” 
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. 

Thursday, 3 October 2013

Cover Photo Facebook (Islamic + Cute Version)

-Journey to Jannah-

Assalamualaikum.. 
Baru-baru ni masa lepak dekat Lab Comm (Makmal Madah Samarahan) kat Fakulti Sains Sosial, lebih kurang jam 14.48pm. terpandang atau ter-search laa beberapa cover photo untuk facebook yang cumil-cumil.
Ada laa sempat re-upload balik dalam blog aku ni. Usha-usha.. pandang-pandang laa k..


Aku paling suka cover photo atas ni sebab rasa tenang je bila pandang.


Cover Photo ni pulak nampak cool dan relax. Sesuai dengan orang yang bersederhana.


Ni cover photo yang aku pakai. Soft and Suci semacam jer. hehe


Ni pun Simple Cover Photo. Suka!


Cute Cover Photo. Cumil kan. Macam biskut.


Ketenangan. Kecantikan bunga dengan ilustrasi blur dan sharp. Disertakan Firman Allah SWT. Supaya bukak je FB terus teringat Quran. At-least sehari mengadap FB pun, mengadap jugak ayat-ayat Allah SWT.

-Journey to Jannah-

Wednesday, 2 October 2013

Misteri & Dasyatnya Azab Kubur - Books - Pustaka Azhar

-Journey to Jannah-


"Misteri & Dasyatnya Azab Kubur" adalah buku yang aku sarankan pada semua sahabat2 yang alpa sikit pasal seksa alam kubur dan mementingkan keseronokan dunia. 



Memang menakutkan, tambah-tambah bila baca cerita bagaimana keadaan kita kat Padang Masyar. Apakah jenis golongan yang kita akan masuk nanti. Sama ada yang putus kepala, kepala berupa khinzir, berjalan kaki di atas kepala di bawah, yang mulut keluar darah (Sangat menggerunkan) ataupun kita akan hadir sebagai golongan yang wajah bagai bulan purnama. . 



“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (Az-Zumar : 68).

Pesan pada diri sendiri & sahabat sekalian. ^^

-Journey 2 Jannah-

Tuesday, 17 September 2013

Mati itu Pasti!!




Bukan mencuri masa, tetapi menjentik hati supaya mengenal KEMATIAN!


-RENUNGKAN- 
● ada pasangan yang mati ketika sedang leke berzina .. ● tapi kita masih nak berzina tanpa ambil pengajaran .. 
● ada pasangan yang kemalangan ketika bercumbu dalam kereta .. ● tapi kita masih nak bercumbu2 tanpa rasa berdosa .. 
● ada pasangan yang dipanah petir ketika keluar berdeting .. ● tapi kita masih nk berdeting walaupun belum kahwin .. 
● ada yang mati tak sempat nk delete gmbar dedah aurat di FB .. ● tapi kita masih bernafsu upload gambar berbagai gaya di FB .. 
● ada pasangan yang mati mengejut ketika webcam .. ● tapi kita masih lagi bersuka ria webcam dengan pasangan couple .. 
● ada pasangan yang mati ketika sedang berdisco menari nari .. ● tapi kita masih lagi nak berkunjung konon melepas tension .. 
● ada pasangan yang pecah telinga ketika leke bergayut .. ● tapi kita masih lagi bersenang lenang nak bergayut lagi .. 
● ada pasangan yang mati tak sempat nak kembali bertaubat .. ● tapi kita yang masih hidup nie berterusan dalam maksiat.

-Journey to Jannah-

Friday, 13 September 2013


Memang layan yang amat-amat,
Bila pepagi subuh yang aman damai kat Alamanda ni,
aku dengan rajinnya bangun awal pagi,
basuh baju, lipat kain, sidai kain,
dengan rajinnya,
aku online..
cari ilmu baru..

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

So, sebenarnya saja nak cakap.. ilmu tu penting.
Cari kat mana pun boleh.
Aku cari kat internet dengan online facebook,
dapat ilmu sikit.
Tiba-tiba rasa rindu kat mak.
Aku pun terus cari lagu penyanyi yang namanya Sanisah Huri.
Cuz aku ingat dia penyanyi lagu yang tajuknya..
AKU, DIA dan LAGU..
walaupun aku tau mak aku tak suka lagu tu.
Mak aku layan lagu A. Ramlie, DJ Dave cenggitu..
Tapi entah pasepa.. bila ingat mak aku, aku rasa macam nak dengar lagu Aku dia dan lagu.

Rindu laa kat mak.
Rindu sangat kat bapak.
Rindu dekat Adik Teah, Adik Ucop
Rindu Simba sangat-sangat..

Kat sini semua masalah kena fikir dan selesaikan sendiri.
Mood nak belajar pun dah hilang.
Tapi aku kena banyak sabar,
Kan Allah SWT pernah pesan..
tentang ujian dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Kena pegang Firman Allah tu. Insya-allah..
Allah dah sediakan yang terbaik buat aku kat sini.
Adalaa tu sebab musabab kenapa aku mesti diuji macam tu.

Kuatkan semangat!
Hoyeah!!

-Journey to Jannah-