Assalamualaikum semua
pembaca belog enna’s palace. (Walaupun hakikatnya pembaca blog ni sebenarnya
‘0’ = tak wujud ‘mungkin’). Petang ni (6.53pm) aku try nak tulis satu cerita
tentang “Dr. Jekyll and Mr. Hyde”. Dengan menggunakan font Old English Text
saiz 16 aku try ler karang cerita tentang Dr. Jekyll and Mr. Hyde versi
Malaysia. Cup!! Versi Malaysia area Kedah kawasan Sungai Petani.
Okeyh! Peewitt!!
Kenapa
aku bagi nama tajuk cerita ni Dr. Jekyll and Mr.Hyde?? Mesti korang pernah
dengar buku literasi bahasa inggeris bagi pelajar-pelajar tingkatan empat.
Okeyh, aku tipu! Aku pun tak sure Buku teks KBSM tingkatan berapa. =_=” Tapi
mesti budak-budak sebaya dengan aku yang tinggal kat area belah-belah utara tu
pernah baca cerita ni. Cerita ni lebih kurang tentang orang yang mempunyai dua
identity. Satu sebagai orang positif iaitu Dr. Jekyll dan satu lagi sebagai
orang negative iaitu Mr. Hyde. Padahal kedua orang tersebut adalah orang yang
sama! –Aku merujuk pada Hamba Allah Swt yang sama!
OKeyh!
Ringkasan..
Aku
nak analogikan yang dekat kawasan Sungai Petani ni wujud orang-orang seperti
ini. Hakikatnya, aku tahu macam tak sesuai nak analogikan mereka sebagai Dr.
Jekyll mahupun Mr. Hyde tetapi ada jugak elemen-elemen yang bercanggah dengan
karakter versi dunia sebenar. Tapi ada jugak yang sama.
Cuti
semester kedua baru-baru ni, aku pulang ke Sungai Petani. Aku ambil penerbangan
Malaysia Airlines (peewitt!! Nak bangga sikit!! Eheh) Perjalanan yang aku lalui
walaupun hakikatnya singkat tapi sebenarnya aku rasa cukup panjang. Pukul 3
pagi dah bertolak dari kawasan UniMaS (Universiti Malaysia Sarawak) untuk
penerbangan ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dan seterusnya jam 8
malam baru ada penerbangan ke Alor Setar (Sultan Abdul Halim Airport ß Maybe laa.. Aku hentam je,
eheh!)
Sepanjang
perjalanan, aku cuba kenal ramai karakter-karakter manusia yang berbagai dari
serata dunia. Aku jumpa orang Jepun, Korea, orang Arab Saudi, orang Melaka,
orang Indonesia, orang China dan banyak lagi. Karakter yang berbagai buat aku
memanipulasikan mereka dalam satu hipotesis kehidupan iaitu wujud karakter
manusia seperti “Dr Jekyll and Mr. Hyde” Maksudnya ada yang karakter yang
‘positif’ dan ada yang ‘negatif’.
Dah
balik rumah, aku terlibat dengan beberapa aktiviti persatuan Ikram dan aku
turut bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah kilang berdekatan kawasan
perumahan aku iaitu di Kilang S****. (Nama dirahsiakan atas dasar kutukan yang
bakal berlansung)
Ikram
merupakan satu pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak agama Islam di Malaysia
khususnya. Aku terlibat dengan Ikram bagi peringkat Sungai Petani sahaja.
Memang seronok. Aku kenal ramai ‘makcik-makcik’ yang aku kategorikan sebagai
orang alim-alim. Mereka baik, mereka sentiasa memuhasabah diri sendiri setiap
kali terlanjur melanggar apa yang ditetapkan Allah Swt. Mereka selalu
mengingatkan aku tentang kekuatan Allah Swt dan betapa eratnya silaturrahim
yang dibina ahli Ikram. Dalam sekelip mata aku berubah mengikut personality
yang ditetapkan syarak dan aku bangga kerana akhirnya keyakinan aku terbentuk
melalui pertubuhan ini.
Okeyh!
Part paling best adalah ‘makcik-makcik’ yang suruh aku panggil dorang makcik ni
sebenar dalam kalangan orang yang hebat-hebat. Makcik yang menjemput aku dari
rumah untuk ke program Tadarus Al-Quran itu sebenarnya seorang Pensyarah di
Ipsah (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim). Okeyh! Tu biasa lagi, yang jadi
kawan aku adalah seorang guru kelas di Ppai. (Sekolah AL Islah), seorang lagi
merupakan seorang Doktor Pakar bedah, pakar mata, pakar psikologi, Pengurus
Syarikat Prudential, Adik kepada Dr.Daniel Zainal Abidin, Isteri Pengurus
Besar, Datin-datin ‘maybe’ dan sebagainya lagi. Dan paling utama! Depa suruh
aku panggil depa M.A.K.C.I.K!
Sangat
Hebat! Kaya dan sangat besikap positif. Sangat Baik. Sebab itulah aku
analogikan mereka sebagai Mr. Jekyll. Mereka tetap hamba Allah.
Hamba
Allah. Tapi tak pernah berlagak. Sentiasa bersikap bersederhana.
Bukan
nak kutuk. Tapi dalam masa yang sama aku turut menghabiskan masa untuk buat
part time di Kilang dekat kawasan perumahan aku. Gaji boleh tahan, sehari
RM49.00 dan kerja selama 8jam, berdiri! Isnin- Jumaat. Mula-mula rasa terbeban
jugak. Sakit badan-badan. Tapi lama-lama Alhamdulillah.. dah ok dah..
Cuma..
Ha!
Ni laa yang aku nak cerita pasal Mr.Hyde dorang ni.. (Bukan nak kutuk atau
mengata pada bulan Ramadhan yang mulia ini, ada jugak part dorang yang
baik_tapi bahagian negative dorang ni lebih holistic_lebih jelas_lebih nampak
berbanding kebaikan dorang yang agak tersembunyi_mungkin dorang taknak menunjuk
kebaikan dorang)
But
the way how is it, yang aku dapat lihat adalah Mr.Hyde dorang tu lebih banyak!
Sampai tak dapat lah aku nak menahannya.. Dorang ni memang mulut….. Ha!
Pot..
Pet.. Pot.. Pet..
Aku
baru buat salah sikit..
Sikit
je pun..
Terus
membebel..
Padahal
kakak-kakak tu boleh je ajar dulu (aku panggil dorang kakak, walaupun umur
dorang sebaya mak aku).. then kalau buat salah, tegur aku! Ni tak, asyik nak
marah-marah je! Okeyh! Tipu. Bukan aku jadi mangsa keadaan tu, tapi kawan aku!
(Aku selalu wat keja elok2.. Alhamdulillah.. hihi) Tapi, apa pun aku tetap tak
puas hati!
Kita
patut letak slogan dekat kilang tu..
“Tingkatkan
Produktiviti dan Kualiti, Kurangkan Marah-marah”
Ataupun..
“Tingkatkan
Tunjuk Ajar, Kurangkan Membebal”
=_=”
Lebih
mudah dah elok dari segala sudut perspektif. Itu baru satu, yang kedua.. dorang
ni memang tak letih untuk bukak cerita pasal orang a.k.a Mengumpat! Setiap
masa, mengumpat! Kawan sendiri pun dorang mengumpat! Bulan-bulan Ramadhan pulak
tu. Adoyai.. semak!! Semak otak!! Baru nak tambah pahala, buat kerja halal dan
penuh keberkatan.. dorang dah mengajar aku perkara-perkara macam tu. Okeyh!
Fine.. benda macam ni sudi pulak dorang ajar..
=_=”
Kan
elok setiap kali insert barang kat line tu, berzikir ke.. baca surah-surah
pendek dalam Al-Quran ke… (Bukan nak tunjuk alim, but its only the way untuk
suruh dorang shut their mouth!) Sangat penat dengar umpatan dorang.
Jangan-jangan aku pun dorang mengumpat!
That’s
why I have to lie to them! Aku terpaksa tipu yang aku ni budak tak pandai.. tak
pernah dapat keputusan yang elok dalam exam. Tak dapat masuk Universiti
mana-mana pun. Dah mohon banyak kali, tapi tetap tak dapat.. ß Cara-cara merendahkan
diri.
Walaupun
hakikatnya aku merupakan pelajar Ijazah di Universiti Malaysia Sarawak di bawah
pengajian Sains Sosial Program Komunikasi ß
Ala-ala kewartawanan gitu.. (Bangga seketika) Hahaha.. Aku tak cakap sebab aku
tahu nanti dorang akan perlekehkan aku. Hah! Part paling best!
Dorang
ada tanya aku either aku ada mohon lagi sekali tak Universiti. And then aku
cakap ada.. aku cakap aku mohon Universiti Malaysia Sarawak. Pastu dorang cakap
kat aku yang mesti aku dapat sebab Unimas tu Universiti lekeh-lekeh. Kalau
keputusan macam aku komfom dapat! Ceh!!! Unimas tu dalah ranking 1-15 kat Asia
okeyh! Asia!!
Nampak
tak permainan dorang kat situ. Tapi aku wat muka hipokrit jelaa.. Malas nak
bercakap. Kan berdiam tu lebih baik. Dah aku diam beberapa saat, terbukak pulak
cerita yang anak-anak dorang dapat sambung belajar kat semenanjung. Kata dorang
pusat pengajian tinggi kat semenanjung lebih elok! Susah nak dapat. Kalau dapat
dah kira hebat!! Padahal diploma jer.. Sijil kemahiran jer! Subahanallah!!!
Grr!!!
Geramnya aku..
But,
like always.. aku tetap buat bodoh..
The
true kejahilan mereka lebih terbuka bila aku dapat tahu mereka ni isteri orang,
tapi dengan tanpa segan silu cakap kat aku yang dorang nak cari pakwe ß boyfriend baru! Sebab
dorang cakap dorang bosan dengan suami dorang! Pastu dorang tanya pendapat
aku.. Aku cakap lah..
“Kalau
saya jadi akak laa.. Takdelah nak cari boyfriends baru kat sini. (Sini tu maksudnya
kilang) Bukan boleh bagi saya duit pun macam suami saya bagi.. Bukan boleh
sayang saya macam suami saya sayang saya.. Ikut saya, sorang pun dah susah nak
jaga hati.. dah cepat bosan! nak lagi banyak-banyak..” cuba untuk mematikan
hasrat dorang dengan kata-kata berserta senyuman. (Eii!! Dorang ni macam tak
pandai bersyukur ada suami depan mata! Setialah sikit!! Anak dah 2-3.. Dok main
mata dengan budak sebaya dengan aku..) ß
Cakap macam ni nanti aku dah kahwin, aku pulak kena uji.. Huhu..
Aku
pun taknak lah bukak aib dorang banyak-banyak. Eloklah cukup aku tunjuk
sebahagian diri Mr.Hyde dorang tu. Apa yang aku nak terangkan adalah, mesti
korang nampak perbezaan cara hidup dan kelakuan kedua karakter manusia yang
cuba aku tunjukkan.
Di
pertubuhan Ikram bagaimana?
Di
kilang bagaimana??
Padahal
mereka ada hamba Allah swt yang sama Allah swt jadikan daripada tanah. Tapi
mengapa karakter mereka berbeza-beza??
Justeru
itu.. fikir dan tanamkan dalam hati.
Karakter
yang bagaimana yang korang nak bentuk dalam diri..
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment