Puasa! Puasa! Puasa!
Assalamualaikum semua pembaca
belog enna’s palace. Alhamdulillah, hari demi hari ada saja cerita yang boleh
aku kongsikan bersama korang semua. (Walaupun sebenarnya aku tak tahu korang ni
wujud ataupun tidak_sayu jer nak type pun) =_=”
Usai
berbuka tadi, selepas selesai mengemas dan bersolat maghrib, aku terus bukak
netbook Acer 1 Malaysia adik aku ni untuk update belog aku! Walaupun takde line
internet! (Ala.. takpe, nanti ada line internet, upload jelah_ apa ada hal??) Malam
ini lebih kurang jam 2021, aku mula lakarkan cerita.
“Puasa
ni ‘best’lah!!” abang ngah aku bersuara selesai meneguk segelas air sunquick
sejuk! Aku dengan mak tersenyum. Akur dengan nikmat berbuka.
“Puasa
ni nak bagi kita rasa apa perasaan orang miskin bila dah dapat makanan setelah
lama menahan lapar..” ujar mak. Aku angguk-angguk.
“Rasa
bersyukur sangat bila dapat minum air sejuk ni, walaupun Cuma air sejuk..”
abang ngah menyambung kata-kata.
Okeyh!
Mesej aku dalam dialog di atas mudah, korang nampak kan betapa nikmat kita
berpuasa? Aku percaya, abang ngah aku bukan orang pertama yang cakap minum air
sejuk sewaktu berbuka adalah nikmat. Dan abang ngah aku bukan satu-satunya
orang yang bersyukur setelah usai melaksanakan puasa seharian.
Nikmat
puasa ini hanya boleh diperolehi oleh orang yang benar-benar berpuasa sahaja.
Nawaitu kerana Allah SWT. Nikmat berpuasa ni bukan saja kita akan bersyukur
sebab kita dapat minum air sejuk, tapi secara automatic kita akan dapat rasa
dan lalui bagaimana perasaan orang yang terpaksa menahan lapar tiba-tiba
mendapat rezeki dari Allah. Itu suatu perasaan yang ajaib!
Memang
sewaktu kita berpuasa, menjalani hari-hari beribadah hanya kepada Allah terlalu
banyak ujian, dugaan mahupun cubaan yang terpaksa kita lalui.. tapi semua itu
menambah kenikmatan syukur ketika kita hendak berbuka puasa.
Contohnya..
(Situasi
Pertama) Korang berpuasa. Ketika berpuasa korang naik motor pada waktu tengah
hari, tiba-tiba motor korang rosak dekat tengah-tengah jalan. Okeyh, Highway
ker.. Takde orang boleh tolong contohnya. Korang terpaksa tuntun motor tu
sampai ke bengkel yang berdekatan. 500m hingga 1km contohnya. Penatnya bukan
main. Membahang matahari membakar isi kulit. Tekak pun rasa dahaga sangat.
Badan rasa letih.
(Situasi
Dua) Korang berpuasa. Korang duduk rumah tak ada kerja. Tengok TV. Tutup balik.
Tengok jam. Badan tak letih. Tidur sepanjang hari. Tekak tak rasa dahaga
sangat. Memang! Tak dahaga. Bangun-bangun dah petang. Dekat-dekat buka puasa
dah.
Tapi
bila kita lihat kedua-dua situasi tersebut, mana yang paling nikmat bila dah
nak berbuka? Mana paling excited??
Situasi
pertama??
Situasi
Kedua??
Dah
tentulah situasi pertama. Okeyh! Kalaupun situasi kedua excited jugak nak
berbuka, tapi disebabkan ujian berpuasa yang dilalui olehnya sedikit,
kenikmatan ketika berbuka itu tidak terlalu nampak. Kesyukuran tidak ketara
seperti yang dilalui oleh situasi pertama jika dapat meneguk air segelas ketika
berbuka.
Betul
tak???
Jadi,
tuntas yang dapat saya katakan adalah, kalaupun kita diuji semasa sedang
berpuasa.. bertawakkal-lah..
Tawakkal
tu a’lallah..
Sesungguhnya
ujian itu Allah beri hanya untuk kita kembali ingat kepadanya. Allah beri ujian
sebab Allah peduli. Allah sayang!
Beruntunglah!
-Journey
to Jannah-
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment