Teori Kelas??
Assalamualaikum semua belog reader! Okeyh, suka hati aku laa nak panggil
pembaca belog aku apa pun, ye tak?! Eheh.. Wahai belog-belog reader sekalian,
kali ni aku nak type satu lagi cerita pasal The Philosopher of Class Thinker.
(Entah betul ke tidak ayat BI aku tuh.._Alah.. lantak jer, belog gua pulak
=_=”)
Pada malam yang indah
sekitar jam 2040, sambil dengar lagu Kim Bum Soo dan tengok Buletin Utama
(sambil berimpian untuk jadi pembaca berita) cerita artis datang Amanjaya Mall
a.k.a Cmart untuk jual bubur lambok. =_=”. Apa yang excited sangat sampai masuk
Buletin Utama pasal cerita artis jual bubur lambok? Hairan… Utama sangat ke??
Okeyh! Lupakan.. Aku guna font Eras Medium ITC saiz 16 dan gunakan Paragraph
Justify (Ctrl + J) to created a clean look along left and right side of the
page.
See! Dah mengarut ke
topic lain. Jom masuk semula topic Teori Kelas oleh Bapak Pemikir Teori ini
iaitu Karl Marx. Tak asing tak bukan dialah yang selalu bermain di bibir-bibir
pensyarah aku. Yelah! Kalau student Sains Sosial tak kenal dia, tak tahu lah
nak cakap macam mana.. Dia ni famous untuk pelajar Fakulti Sains Sosial.
Philosopher yang cuba bangkitkan isu tentang ketidaksamarataan dalam
masyarakat.
Karl Marx cakap dia tak setuju tentang kewujudan
dua jenis masyarakat iaitu Golongan Bourgousie dan Golongan Proletariat. Tak
silap aku, Bourgousie ni terdiri dari golongan orang-orang kaya. Senang cerita
Tuan Tanah! Majikan! Dan Proletariat ni pulak golongan pekerja. Yang kira
senang kena buli dengan majikan-majikan dorang ni. Gaji ciput a.k.a sikit nak
mampus. Tapi kerja teruk! Majikan pulak, kerja goyang kaki a.k.a tak dak kerja,
tapi duit dapat banyak!
So, Karl Marx ni tak setuju lah! Dia pun
fikir-fikir dan cuba bangkitkan teori kelas ni. Nak wujudkan kesamarataan dalam
masyarakat. Dia nak tukar daripada system kapitalis kepada system komunisme.
=_=”
Okeyh! Komunisme sound good. Semua manusia dapat
duit sama banyak. Majikan atau pekerja. Semua sama! Tak dak kaya! Tak dak
miskin! But the way how I think, its totally out from Muslim ways. It just what
I think. Tak terfikir pulak nak bukak teori sendiri. Sekadar nak canggah sikit
teori Karl Marx. Salah ke? Kalau salah nak mintak maaf awal-awal..
Nak tahu kenapa aku cakap it’s totally out from
Muslim ways?? Okeyh, listen up! Dalam kehidupan ni, kita dicipta
berpasang-pasangan. Sesuai dengan ayat Firman Allah SWT dalam Al-Quran :
“Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,”
(Surah An-Naba’ : 8)
Jadi, mudah dan simple aku nak try jelaskan. (mudah
& simple adalah dua perkataan yang sama makna! Sila jangan tiru laras
bahasa melayu dan bahasa inggeris aku! –PERINGATAN-)
Kalau ada lelaki, mesti ada perempuan. Baru jadi
pasangan. Ye tak? Kalau tak ada perempuan, ada lelaki je.. macam mana nak wujud
generasi baru!??
Kalau ada cantik, mesti ada hodoh. Baru wujud
kolerasi? Ye tak? Kalau semua cantik.. jadi siapa nak jadi hodoh?? Dan untuk
pengetahuan, cantik tu takkan wujud kalau tak ada yang hodoh!
Kalau ada siang, mesti kena ada yang malam. Baru
boleh rehat? Siang bekerja, malam berehat! Kalau siang asyik kerja.. takkan
malam pun nak kerja! Mestilah nak rehat bukan!
Kalau ada yang kaya.. mesti ada yang miskin! Kalau
semua kaya.. atau kalau semua miskin, atau kalau semua sama rata..
masing-masing ada harta sendiri, bagaimana umat islam kita nak infak harta ke
jalan Allah SWT? Bagaimana orang kaya nak buat pahala?
Islam itu agama yang mudah. Kalau kita tengok..
orang kaya ni senang je hidup! Apa yang dia nak, senang je dia dapat!
Nak kereta, beli jer!
Nak laptop, beli jer!
Nak rumah, beli jer!
Nak bini, kahwin jer!! =_= (Opss!! Apa kaitan??
Eheh..)
Orang miskin pulak, kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Tapi itulah hidup. Ada yang kaya untuk bantu yang miskin.
Supaya yang kaya dapat infak harta lantas ingat pada Allah SWT. Dan yang miskin
ingat pada Allah SWT supaya Allah SWT berikan rezeki padanya sesuai dengan
keperluannya.
“Ambillah zakat dari harta mereka, guna
membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya
doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar,
Maha Mengetahui. “ (Surah At-Taubah : 103)
Ianya saling berkait rapat. Pasangan yang dicipta
adalah untuk saling melengkapi. Supaya masing-masing akan berpijak di bumi
nyata dan saling ambil peduli. Bagi aku laa, teori kelas ni tak perlu wujud pun
atas sebab-sebab yang aku nyatakan. Kalau semua sama rata, mana ada manusia
yang nak peduli pasal orang lain. Semua rasa mereka adalah sama! Tak wujud
stratifikasi sosial bagi mereka.
And it’s the worst thing I ever heard!
Kesamarataan itu perlu, tapi biar kena tempat!
Kita umat Islam pandu hidup guna Al-Quran supaya
hidup kita penuh keberkatan.
“Dan ini adalah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan
dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat”
(Surah Al-An’am : 155)
Pernah dengar satu pepatah :
Ikut hati MATI.. Ikut rasa BINASA!
Oleh itu ikutlah Al-Quran dan Sunnah! Jaminan ke
JANNAH!
-Journey to Jannah-
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment