Arill
rasa kosong sangat hari ni kak. Arill nampak semua kejadian tu. Arill nampak dengan
mata kepala Arill sendiri kak. Arill takut sangat kak. Arill takut
sangat-sangat. Arill dapat rasa degupan jantung Arill terasa membahang, panas,
dan penuh debaran. Bunyi dentuman hati Arill betul-betul buat Arill rasa takut
sangat. Arill Nampak kejadian tu kak. Arill sangat perlukan akak sekarang ni.
Arill betul-betul perlukan dakapan akak. Pelukan untuk menenangkan gundah dan
ketakutan Arill sekarang ni. Arill yang mulakan kak. Arill Nampak bagaimana umi
mengerang kesakitan akibat tubuhnya yang dimamah api. Arill Nampak bagaimana
abah meraung mengarahkan Arill lari dari rimbunan api. Kak.. Arill takut..
Arill Nampak umi terbakar. Arill Nampak abah terbakar. Semua salah Arill kak.
Arill takut kak.. tolong tenangkan hati Arill kak.. Arill takut.....
Arill
dapat rasa pipi Arill basah waktu ni. Arill tahu Arill menangis. Tapi Arill
takut sangat. Ramai orang kampong datang. Mereka cuba memadamkan api yang
sedang seronok memamah setiap isi rumah kita. Rumah idaman kita sekeluarga kak.
Tiada seorang pun yang mendekati Arill. Tiada seorang yang cuba menenangkan
ketakutan Arill sekarang kak. Aril takut kak. Badan Arill dibasahi peluh kak..
Arill.....Kak Arill takut.... Arill betul-betul takut kak.... Tolonglah peluk
Arill kak. Jangan biarkan Arill ingat bagaimana umi dan abah dimamah api. Arill
takut kak.....
Tapi
kak.. Apa yang Arill harap dari akak semua macam sia-sia. Bila Arill Nampak
akak sedang berdiri dekat bawah pokok kelapa sambil akak menekup mulut
memandang ke arah rumah idaman kita, Arill melangkah perlahan kearah akak.
Arill nak dekat dengan akak. Arill nak akak tenangkan hati Arill.
“Kebakaran
ni bermula dari arah dapur Arinna...Dengar kata Arill main mencun dekat dapur
rumah...” Arill dengar apa yang makcik Mariam kata. Tapi bukan Arill yang main
mercun kak. Bukan Arill. Anak makcik Mariam yang main. Dia yang paksa Arill
main dalam rumah. Dia yang suruh Arill bakar mercun tu sebab mancis dah habis..
Arill Cuma ikut cakap Haris je kak. Akak kena percayakan Arill. Tapi..kenapa
lepas akak pandang Arill, Arill dapat rasa akak macam nak bunuh Arill. Kak..
Tolong faham.. Bukan salah Arill.. Arill tak salah kak.. Arill takut.. Tolong
Arill.. Arill dapat rasa sekali lagi pipi Arill macam sungai. Tak henti
mengalir. Suara Arill pula terbayang-bayang di setiap pendengaran penduduk
kampong. Akak tahu tak betapa Arill sedih bila akak pukul Arill depan semua
orang. Sedikit pun akak tak pujuk atau tenangkan hati Arill. Tapi akak libas
belakang Arill dengan lidi kelapa yang berserakan. Arill tak salah kak...
Selepas
jenazah abah dan umi dikebumikan di Tanah Perkuburan, akak tinggalkan Arill
sendirian di belakang orang ramai. Akak tak pimpin tangan Arill. Akak sedikit
pun tidak pandang Arill. Hina sangatkah Arill di mata akak? Arill tak salah
kak.. Yang salah tu Haris.. Tapi untuk apa Arill jelaskan pada akak. Akak
takkan percaya cakap Arill. Sampai saja kami di rumah Maksu, semua orang menghampiri
akak dan tinggalkan Arill dekat belakang seolah-olah Arill tak tersenarai
sebagai ahli keluarga si mati. Hina sangatkah Arill pada mata akak? Burukkah
Arill sampaikan Arill dipinggirkan sedemikian rupa? Arill masih takut akak..
Arill perlukan akak untuk tenangkan Arill. Arill sangat takut kak...
“Semua
salah Arill..” Arill dengar Makcik Mariam masih membuka cerita. Arill dengar je
kak. Arill tak nak bantah sebab kalau Arill bantah mesti akak akan marah Arill.
Selama ni akak tak pernah rapat dengan Arill. Bagi akak Arill seumpama anak
kutip. Tak layak menjadi adik kepada Nur Arinna. Arill memang kecil hati kak.
Sebab semua letakkan kesalahan tu pada bahu Arill. Seorang anak kecil yang
masih berusia 7 tahun. Kenapa Makcik Mariam lansung tak menyebut nama Haris di
telinga orang kampong. Seolah-olah hanya Arill yang bersalah.
Arill
duduk bersila di penjuru dinding. Arill tengok semua tenangkan akak. Usap bahu
akak. Suruh akak bersabar. Tapi tak ada siapa pun yang nak pandang Arill kak.
Betapa gementarnya hati Arill. Betapa seramnya hati Arill tika ini. Betapa
takutnya Arill melihat umi dan abah dibakar hidup-hidup. Arill takut kak. Arill
memang menangis waktu ni. Arill teringin nak berada di tempat akak. Arill
cemburu pada akak. Walaupun akak dah berusia 20 tahun, masih ada yang sudi
melihat akak. Faham perasaan akak. Arill nak duduk dekat dengan akak.
Perlahan-lahan Arill hampiri akak. Arill tarik tangan akak. Biarpun Arill
terasa sempit di setiap manusia yang datang mengucapkan takziah pada akak.
Arill tetap nak berada disamping akak. Sumpah takut Arill masih tak hilang.
“Arill
takut kak..” Arill bersuara sambil diiringi air mata yang melimpah ruah. Baru
sahaja Arill nak letakkan dahi Arill dekat lutut akak, tiba-tiba akak bangun
dan tengking-tengking Arill. Akak tonjol kepala Arill macam Arill tak ada
perasaan. Akak tuduh Arill bunuh orang tua kami. Memang Arill sedih kak. Arill
macam sampah dekat mata akak kan. Memang Arill malu ditengking dan diherdik
dihadapan semua manusia yang ada disitu untuk menenangkan akak. Hanya akak.
Arill Cuma nak akak tenangkan hati Arill kak. Arill dah tak ada sesiapa. Arill
Cuma ada akak. Arill macam nak meraung waktu itu kak. Tapi Arill tahan.
Sakitnya anak tekak Arill Allah saja yang tahu kak. Sakitnya seumpama Arill tak
mampu bernafas. Tapi sakit lagi bila akak pinggirkan Arill dari hidup akak.
Perlahan-lahan
Arill berundur ke belakang. Arill berundur kak. Arill terasa macam Arill tak
ada siapa-siapa lagi. Arill memang nak akak tolong Arill. Dekat dengan hati
Arill. Pujuk dan belai Arill. Tapi tiada siapa yang memahami. Arill tengok
Makcik Mariam macam puas lepas Haris terlepas dari hukuman orang kampong. Tapi
pernahkah Makcik Mariam fikir akan perasaan Arill? Arill kosong. Arill dah
tiada sesiapa lagi.
Bila
akak bawa Arill ke rumah sewa akak dekat Bandar. Arill rasa seronok sangat.
Sekurang-kurangnya akak tak pernah lupa kehadiran Arill. Arill memang tinggal
sehelai sepinggang. Baju Arill semua dah terbakar. Mujurlah Maksu ada bekalkan
tiga helai baju milik sepupu Arill kepada Arill. Itupun Arill Nampak Firdaus
tak suka dengan pemberian tersebut. Dia selalu marah Arill kak. Tapi akak Cuma
buat tak tahu. Masa ke stesyen bas, akak tak nak berjalan dengan Arill lansung.
Akak biarkan Arill angkut beg plastik yang terisi baju-baju yang telah sah jadi
milik Arill.
Setiap
malam akak mesti bawa Arill pergi kedai burger akak. Memang ramai orang
lalu-lalang dekat situ. Ada juga yang datang usik akak. Arill teruja sangat
tengok orang dekat Bandar. Budak lelaki dan perempuan semuanya berpegang
tangan. Tak cukup dengan itu, ada yang berpeluk sakan. Kadang-kadang Arill
Nampak akak layan lelaki-lelaki kaya. Arill pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang
lelaki tu pegang tangan akak. Usap pipi akak. Akak pun macam tak kisah. Mungkin
tu kekasih akak.
Bila
balik rumah Arill selalu tanya akak siapa lelaki tu. Sebab hampir setiap malam
yang datang jumpa akak adalah lelaki berbeza. Tapi bila Arill tanya akak
jegilkan mata dan menyuruh Arill diam. Arill yang takut Cuma ikut je kata akak.
Mungkin Arill tak patut masuk campur hal akak. Disebabkan perkara tersebut,
akak dah tak bagi Arill ikut akak pergi gerai burger. Arill turutkan je
permintaan akak.
Esok
paginya Arill bangun awal. Arill jalan-jalan sekitar sekolah rendah yang
berhampiran dengan rumah. Arill Nampak ramai murid sebaya Arill masuk sekolah.
Arill cemburu sangat. Arill teringin belajar macam dulu. Tapi akak tak
benarkan. Akak kata akak tak ada duit. Dan akak tak nak Arill habiskan harta
akak untuk perkara tak berfaedah. Memang Arill sedih sebab akak kata Arill Cuma
akan habiskan harta akak je kalau Arill sekolah. Tapi apa daya Arill nak halang
akak. Arill Cuma budak kecil.
Malam
tu akak suruh Arill duduk rumah. Sorang diri. Arill takut sangat. Arill macam
dengar bunyi orang panggil-panggil Arill dekat tingkap dapur. Arill takut
sangat kak. Kalaulah akak boleh dengar mesti akak pun akan takut. Arill dengar
bunyi pinggan jatuh. Arill menjerit lepastu Arill cepat-cepat menyorok dalam
selimut. Arill Nampak macam ada bayang-bayang tengah jalan tepi tilam Arill.
Arill sebut nama akak banyak-banyak kali. Tanpa Arill sedar mata Arill berair.
Arill pegang dada Arill, bunyinya cukup laju kak. Laju macam kereta Formula One
kak. Tiba-tiba Arill rasa lucu. Arill rasa seronok dengar degupan jantung
Arill. Arill pegang dada Arill lama-lama..... sampai Arill terlelap.
*bersambung*
No comments:
Post a Comment