Baru-baru ini saya sering terdengar
berkenaan kisah ‘CINTA TAK MENJADI’. Maksudnya cinta tak kesampaian ke jenjang
pelamin. Situasi yang dapat saya berikan di sini adalah seperti berikut :-
Situasi
1
“Kami
dah bercinta selama 7 tahun, sejak sekolah menengah lagi. Kami betul-betul
sayang dan cinta antara satu sama lain. Ibu bapa kami pula tidak menghalang
percintaan kami. Apabila kami masuk ke Universiti, walaupun kami belajar di
Universiti yang berbeza, cinta kami tetap teguh. Tapi, bila tiba masa nak
berkahwin, macam-macam halangan mendatang. Contohnya, jiwa jadi tak bersedia.
Masa tak sesuai, wang tidak mencukupi dan sebagainya lagi. Padahal
masing-masing dah meletakkan bajet masing-masing.”
Situasi
2
“Kami
bertemu atas dasar pilihan keluarga. Apabila berlaku taaruf antara kami,
kedua-dua kami telah jatuh cinta antara satu sama lain. Mungkin atas dasar
rupa. Namun, apabila tiba waktu perkahwinan, hati jadi tak tenteram. Jiwa jadi
tak tentu hala. Bagaikan tak mampu untuk menggalas tanggungjawab untuk menjadi
suami/isteri kepada pasangan masing-masing,”
Seperti apa yang kita dapat lihat melalui
situasi yang diberikan, jelas bahawa tak semestinya perasaan cinta itu akan
membawa kepada insitusi perkahwinan yang berjaya. Tetapi perkahwinan itu boleh
membawa kepada percintaan yang berjaya. Pernahkah anda mendengar mengenai
pepatah ini :-
“Aku mungkin tidak akan bernikah dengan orang
yang aku cintai,
Akan tetapi aku pasti akan mencintai orang
yang aku nikahi”
Pepatah yang mampu memberikan sejuta makna
kepada saudara/saudari kita yang sedang begitu hangat bercinta. Terlupa mereka
bahawa tak semestinya percintaan itu lulus kepada perkahwinan. Jadi, cinta itu
tak perlu juga sebenarnya sebelum perkahwinan. Tapi, bukanlah saya kata cinta
itu tak perlu lansung kerana kita perlu tahu dan sedar bahawa perasaan cinta
itu suatu anugerah dari Allah SWT kepada makhluknya. Sesuai dengan firman-Nya
:-
"Dan Kami menciptakan kamu
berpasang-pasangan,"
(Surah An-Naba'_Ayat 8)
Cuma apa yang saya tekankan di sini adalah
betapa ‘melampau’nya cinta saudara/saudari di dunia ini melebihi cinta kepada
Allah SWT. Cinta itu perasaan kasih dan sayang. Bukan sahaja kita khususkan
pada mencintai pasangan kita tapi juga mencintai Tuhan kita iaitu Allah SWT.
Mungkin anda pernah dengar akan pepatah ini:-
“Cukup mencintai aku dalam diam dari
kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan”
Pepatah ini cukup membawa erti. Cinta itu
memang indah. Cinta itu mampu membawa kita kepada ketenangan. Tapi jika cinta
itu kita curahkan pada yang sepatutnya. Iaitu kepada Allah SWT dan pada yang
sedia halal. Anda tidak boleh salah faham dengan konteks Cinta yang cuba saya tekankan
dalam artikel kali ini kerana sesungguhnya jika cinta yang kita curahkan itu
tidak kena pada tempatnya, ianya mampu membawa kepada kesengsaraan jiwa,nafsu
dan perasaan lantas membuka ruang kepada syaitan untuk melaksanakan tugasnya.
Berbalik kepada tajuk yang dibawa, kita
sebagai manusia kita tak tahu rahsia Allah SWT. Terutamanya berkenaan jodoh
kita. Seperti situasi yang saya berikan, walaupun ketika mereka bercinta mereka
yakin akan jodoh mereka, namun dalam sesaat Allah SWT mampu mengubah perasaan
hati mereka kepada tidak yakin. Kerana apa? Kerana sesungguhnya jodoh itu
rahsia Allah SWT. Mungkin tak tertulis nama mereka di Luh Mahfuz. Jadi, apa
yang paling penting?? Bagaimanakah caranya kita nak tahu siapa dan apakah
petunjuknya?
“Kita datang dari Allah SWT, dan kita
kembali juga kepada Allah SWT,”
Justeru itu, kita kembali kepada Allah
SWT. Jodoh itu rahsia Allah SWT, jadi kita minta petunjuk dari Allah SWT supaya
membuka rahsia-Nya agar hati kita tak mudah rebah. Tak mudah jatuh pada cinta duniawi.
Biar hati kita khusus pada Dia. Mintalah petunjuk-Nya.
Kaedah?? Apakah kaedahnya kita nak minta
Allah SWT buka rahsia berkenaan jodoh kita?? Beri petunjuk pada hati kita yang
goyah dan mudah menerima cinta insan yang kita belum pasti menjadi jodoh kita. ISTIKHARAH.
Niat Solat Sunat Istikharah :-
USHALLI
SUNNATAL ISTIKHARAATI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALA. ALLAHUAKBAR.
(Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah
dua rakaat kerana Allah Taala)
Doa Solat Sunat Istikharah :-
Syarat-syarat Istikharah.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Salam Ukhuwah.
No comments:
Post a Comment