Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Sunday 8 September 2013


Assalamualaikum sedara sedari sekalian. Baru-baru ni gua ada laa berjumpa dengan sorang hamba allah ni. Cerita pasal dia ni tak tawu camne nak bagitau buah hati dia (Okeyh, dgr mcm poyo je kan) yang dia ni rindu sangat. 

Memang laa senang kita nak cakap..

"Weyh, gua rindu sama lu beb, rindu tahap dewa!!"

Tapi, masalahnya keegoan dan kehidupan berlandaskan syarak tu wujud dalam hidup kita as manusia di muka bumi allah yang penuh tipu daya ni. Oleh itu, kita (tambah-tambah pompuan) mana boleh sesuka hati says : 


Weyh! Aku cinta kau! (Jap.. muntah sat)
Weh.. aku rindu kau! (Okeyh, muntah sekali lagi)


We! As a human, as a women, as Hamba Allah should know where we should stand in this world. (<-- saja nak speaking wpun ayt terabur2.. ngeh3)

So, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat 32 yang menyatakan 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat,"

Tapi, ada jugak orang pertikaikan. Kalau tak bercinta, kalau tak rindu, camne nak kahwen weyh. Ada jugak sesetengah orang yang cakap "jodoh tu Allah dah tentukan, tunggu jelah.." Tapi sebenarnya, betul jugak pendapat yang cakap kalau tak bercinta, camne nak kahwin.

Bukanlah maksud aku mesti bercinta! Tapi kita mestilah mengenali pasangan kita dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Takdelah nanti bercerai berai. Nauzubillahminzalik.. Dunia zaman sekarang, bukan dunia zaman dulu, manusia zaman sekarang ni banyak halus mulus, suci muci.. sopan mantun (AMARAN : MOHON JANGAN TIRU LARAS BAHASA MELAYU SAYA) tapi, hakikatnya kita tak dapat nak mengenali hati budi milik sesorang manusia tu walaupun dia sebahagian daripada saudara mara kita. Mesti pernah dengar pesan orang tua-tua dulu :

RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN

Ye tak?? Jadi, sebenarnya islam pun ada kaedah jugak untuk kita bercinta dan menyatakan rindu. Tetapi, melalui perantaraan. Bukan maksud aku kita bagitau kau mak kita soh mak kita pi bagitau kat orang yang kita rindu tu. No! Bukan.. kita guna perantaraan kita dengan Tuhan kita yakni Allah SWT. Kerana sesungguhnya perasaan cinta dan rindu ini hakikatnya suatu anugerah dari-Nya jugak untuk kita merasa bahagia. Bila bahagia kita mestilah bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Bila bersyukur mesti sujud pada-Nya.

Berikut, kaedah untuk menyatakan cinta dan rindu pada orang yang kita suka.

Ni doa kalau kita rindukan seseorang. Aku kopi dan pasta ja kat blog aku! sumber : muslimahberduri.blogspot.com

Ni pulak doa kalau ada orang menyatakan cinta. Aku kopi dan pasta gak dari facebook. Sumber : www.facebook.com/kamipeminatustazazharidrus

Mudah-mudahan dapat membantu.

-Journey to Jannah-

No comments: