Hiasi Rumahmu dgn Cahaya Jannah


Selawat & Salam

Selawat & Salam

Friday, 2 August 2013

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku…….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini..
izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai bakal ibu mertuaku…..

Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia.....

Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..

Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..

Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….

Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….
Ketabahan yang tak seberapa…..
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….

Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku
dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….
Tapi saya akan menjadi rekan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..
Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu…..

Engkau tak perlu bimbang ibu,…
Saya tak akan merebut perhatian anak mu…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu….
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya…

Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku..
Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu…..

Duhai, bakal ibu mertuaku….
Saya harap kita bisa menjadi rekan yang baik…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami….

Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan….

Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bakal Menantumu….

(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Rabbal 'alamiin (¯`v´¯)
♥♥♥…….…….……... •.¸.•´♥………….…♥♥♥
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥

`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'` v´'`)`·.¸.·`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´♥..♥♥...

`*•.¸¸.•*✿Menebar Senyum & Dakwah Bertali Ukhuwah `*•.¸¸.•*✿

Teori Kelas by Karl Marx??

Teori Kelas??
Assalamualaikum semua belog reader! Okeyh, suka hati aku laa nak panggil pembaca belog aku apa pun, ye tak?! Eheh.. Wahai belog-belog reader sekalian, kali ni aku nak type satu lagi cerita pasal The Philosopher of Class Thinker. (Entah betul ke tidak ayat BI aku tuh.._Alah.. lantak jer, belog gua pulak =_=”)
          Pada malam yang indah sekitar jam 2040, sambil dengar lagu Kim Bum Soo dan tengok Buletin Utama (sambil berimpian untuk jadi pembaca berita) cerita artis datang Amanjaya Mall a.k.a Cmart untuk jual bubur lambok. =_=”. Apa yang excited sangat sampai masuk Buletin Utama pasal cerita artis jual bubur lambok? Hairan… Utama sangat ke?? Okeyh! Lupakan.. Aku guna font Eras Medium ITC saiz 16 dan gunakan Paragraph Justify (Ctrl + J) to created a clean look along left and right side of the page.
          See! Dah mengarut ke topic lain. Jom masuk semula topic Teori Kelas oleh Bapak Pemikir Teori ini iaitu Karl Marx. Tak asing tak bukan dialah yang selalu bermain di bibir-bibir pensyarah aku. Yelah! Kalau student Sains Sosial tak kenal dia, tak tahu lah nak cakap macam mana.. Dia ni famous untuk pelajar Fakulti Sains Sosial. Philosopher yang cuba bangkitkan isu tentang ketidaksamarataan dalam masyarakat.
Karl Marx cakap dia tak setuju tentang kewujudan dua jenis masyarakat iaitu Golongan Bourgousie dan Golongan Proletariat. Tak silap aku, Bourgousie ni terdiri dari golongan orang-orang kaya. Senang cerita Tuan Tanah! Majikan! Dan Proletariat ni pulak golongan pekerja. Yang kira senang kena buli dengan majikan-majikan dorang ni. Gaji ciput a.k.a sikit nak mampus. Tapi kerja teruk! Majikan pulak, kerja goyang kaki a.k.a tak dak kerja, tapi duit dapat banyak!
So, Karl Marx ni tak setuju lah! Dia pun fikir-fikir dan cuba bangkitkan teori kelas ni. Nak wujudkan kesamarataan dalam masyarakat. Dia nak tukar daripada system kapitalis kepada system komunisme. =_=”
Okeyh! Komunisme sound good. Semua manusia dapat duit sama banyak. Majikan atau pekerja. Semua sama! Tak dak kaya! Tak dak miskin! But the way how I think, its totally out from Muslim ways. It just what I think. Tak terfikir pulak nak bukak teori sendiri. Sekadar nak canggah sikit teori Karl Marx. Salah ke? Kalau salah nak mintak maaf awal-awal..
Nak tahu kenapa aku cakap it’s totally out from Muslim ways?? Okeyh, listen up! Dalam kehidupan ni, kita dicipta berpasang-pasangan. Sesuai dengan ayat Firman Allah SWT dalam Al-Quran :
“Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,” (Surah An-Naba’ : 8)
Jadi, mudah dan simple aku nak try jelaskan. (mudah & simple adalah dua perkataan yang sama makna! Sila jangan tiru laras bahasa melayu dan bahasa inggeris aku! –PERINGATAN-)
Kalau ada lelaki, mesti ada perempuan. Baru jadi pasangan. Ye tak? Kalau tak ada perempuan, ada lelaki je.. macam mana nak wujud generasi baru!??
Kalau ada cantik, mesti ada hodoh. Baru wujud kolerasi? Ye tak? Kalau semua cantik.. jadi siapa nak jadi hodoh?? Dan untuk pengetahuan, cantik tu takkan wujud kalau tak ada yang hodoh!
Kalau ada siang, mesti kena ada yang malam. Baru boleh rehat? Siang bekerja, malam berehat! Kalau siang asyik kerja.. takkan malam pun nak kerja! Mestilah nak rehat bukan!
Kalau ada yang kaya.. mesti ada yang miskin! Kalau semua kaya.. atau kalau semua miskin, atau kalau semua sama rata.. masing-masing ada harta sendiri, bagaimana umat islam kita nak infak harta ke jalan Allah SWT? Bagaimana orang kaya nak buat pahala?
Islam itu agama yang mudah. Kalau kita tengok.. orang kaya ni senang je hidup! Apa yang dia nak, senang je dia dapat!
Nak kereta, beli jer!
Nak laptop, beli jer!
Nak rumah, beli jer!
Nak bini, kahwin jer!! =_= (Opss!! Apa kaitan?? Eheh..)
Orang miskin pulak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi itulah hidup. Ada yang kaya untuk bantu yang miskin. Supaya yang kaya dapat infak harta lantas ingat pada Allah SWT. Dan yang miskin ingat pada Allah SWT supaya Allah SWT berikan rezeki padanya sesuai dengan keperluannya.
“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. “ (Surah At-Taubah : 103)
Ianya saling berkait rapat. Pasangan yang dicipta adalah untuk saling melengkapi. Supaya masing-masing akan berpijak di bumi nyata dan saling ambil peduli. Bagi aku laa, teori kelas ni tak perlu wujud pun atas sebab-sebab yang aku nyatakan. Kalau semua sama rata, mana ada manusia yang nak peduli pasal orang lain. Semua rasa mereka adalah sama! Tak wujud stratifikasi sosial bagi mereka.
And it’s the worst thing I ever heard!
Kesamarataan itu perlu, tapi biar kena tempat!
Kita umat Islam pandu hidup guna Al-Quran supaya hidup kita penuh keberkatan.
“Dan ini adalah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat” (Surah Al-An’am : 155)
Pernah dengar satu pepatah :
Ikut hati MATI.. Ikut rasa BINASA!
Oleh itu ikutlah Al-Quran dan Sunnah! Jaminan ke JANNAH!
-Journey to Jannah-

-Wassalam-

Puasa! Puasa! Puasa!

Puasa! Puasa! Puasa!
Assalamualaikum semua pembaca belog enna’s palace. Alhamdulillah, hari demi hari ada saja cerita yang boleh aku kongsikan bersama korang semua. (Walaupun sebenarnya aku tak tahu korang ni wujud ataupun tidak_sayu jer nak type pun) =_=”
Usai berbuka tadi, selepas selesai mengemas dan bersolat maghrib, aku terus bukak netbook Acer 1 Malaysia adik aku ni untuk update belog aku! Walaupun takde line internet! (Ala.. takpe, nanti ada line internet, upload jelah_ apa ada hal??) Malam ini lebih kurang jam 2021, aku mula lakarkan cerita.
“Puasa ni ‘best’lah!!” abang ngah aku bersuara selesai meneguk segelas air sunquick sejuk! Aku dengan mak tersenyum. Akur dengan nikmat berbuka.
“Puasa ni nak bagi kita rasa apa perasaan orang miskin bila dah dapat makanan setelah lama menahan lapar..” ujar mak. Aku angguk-angguk.
“Rasa bersyukur sangat bila dapat minum air sejuk ni, walaupun Cuma air sejuk..” abang ngah menyambung kata-kata.
Okeyh! Mesej aku dalam dialog di atas mudah, korang nampak kan betapa nikmat kita berpuasa? Aku percaya, abang ngah aku bukan orang pertama yang cakap minum air sejuk sewaktu berbuka adalah nikmat. Dan abang ngah aku bukan satu-satunya orang yang bersyukur setelah usai melaksanakan puasa seharian.
Nikmat puasa ini hanya boleh diperolehi oleh orang yang benar-benar berpuasa sahaja. Nawaitu kerana Allah SWT. Nikmat berpuasa ni bukan saja kita akan bersyukur sebab kita dapat minum air sejuk, tapi secara automatic kita akan dapat rasa dan lalui bagaimana perasaan orang yang terpaksa menahan lapar tiba-tiba mendapat rezeki dari Allah. Itu suatu perasaan yang ajaib!
Memang sewaktu kita berpuasa, menjalani hari-hari beribadah hanya kepada Allah terlalu banyak ujian, dugaan mahupun cubaan yang terpaksa kita lalui.. tapi semua itu menambah kenikmatan syukur ketika kita hendak berbuka puasa.
Contohnya..
(Situasi Pertama) Korang berpuasa. Ketika berpuasa korang naik motor pada waktu tengah hari, tiba-tiba motor korang rosak dekat tengah-tengah jalan. Okeyh, Highway ker.. Takde orang boleh tolong contohnya. Korang terpaksa tuntun motor tu sampai ke bengkel yang berdekatan. 500m hingga 1km contohnya. Penatnya bukan main. Membahang matahari membakar isi kulit. Tekak pun rasa dahaga sangat. Badan rasa letih.
(Situasi Dua) Korang berpuasa. Korang duduk rumah tak ada kerja. Tengok TV. Tutup balik. Tengok jam. Badan tak letih. Tidur sepanjang hari. Tekak tak rasa dahaga sangat. Memang! Tak dahaga. Bangun-bangun dah petang. Dekat-dekat buka puasa dah.
Tapi bila kita lihat kedua-dua situasi tersebut, mana yang paling nikmat bila dah nak berbuka? Mana paling excited??
Situasi pertama??
Situasi Kedua??
Dah tentulah situasi pertama. Okeyh! Kalaupun situasi kedua excited jugak nak berbuka, tapi disebabkan ujian berpuasa yang dilalui olehnya sedikit, kenikmatan ketika berbuka itu tidak terlalu nampak. Kesyukuran tidak ketara seperti yang dilalui oleh situasi pertama jika dapat meneguk air segelas ketika berbuka.
Betul tak???
Jadi, tuntas yang dapat saya katakan adalah, kalaupun kita diuji semasa sedang berpuasa.. bertawakkal-lah..
Tawakkal tu a’lallah..
Sesungguhnya ujian itu Allah beri hanya untuk kita kembali ingat kepadanya. Allah beri ujian sebab Allah peduli. Allah sayang!
Beruntunglah!
-Journey to Jannah-

-Wassalam-

Dr. Jekyll and Mr. Hyde


Assalamualaikum semua pembaca belog enna’s palace. (Walaupun hakikatnya pembaca blog ni sebenarnya ‘0’ = tak wujud ‘mungkin’). Petang ni (6.53pm) aku try nak tulis satu cerita tentang “Dr. Jekyll and Mr. Hyde”. Dengan menggunakan font Old English Text saiz 16 aku try ler karang cerita tentang Dr. Jekyll and Mr. Hyde versi Malaysia. Cup!! Versi Malaysia area Kedah kawasan Sungai Petani.
          Okeyh! Peewitt!!
Kenapa aku bagi nama tajuk cerita ni Dr. Jekyll and Mr.Hyde?? Mesti korang pernah dengar buku literasi bahasa inggeris bagi pelajar-pelajar tingkatan empat. Okeyh, aku tipu! Aku pun tak sure Buku teks KBSM tingkatan berapa. =_=” Tapi mesti budak-budak sebaya dengan aku yang tinggal kat area belah-belah utara tu pernah baca cerita ni. Cerita ni lebih kurang tentang orang yang mempunyai dua identity. Satu sebagai orang positif iaitu Dr. Jekyll dan satu lagi sebagai orang negative iaitu Mr. Hyde. Padahal kedua orang tersebut adalah orang yang sama! –Aku merujuk pada Hamba Allah Swt yang sama!
OKeyh! Ringkasan..
Aku nak analogikan yang dekat kawasan Sungai Petani ni wujud orang-orang seperti ini. Hakikatnya, aku tahu macam tak sesuai nak analogikan mereka sebagai Dr. Jekyll mahupun Mr. Hyde tetapi ada jugak elemen-elemen yang bercanggah dengan karakter versi dunia sebenar. Tapi ada jugak yang sama.
Cuti semester kedua baru-baru ni, aku pulang ke Sungai Petani. Aku ambil penerbangan Malaysia Airlines (peewitt!! Nak bangga sikit!! Eheh) Perjalanan yang aku lalui walaupun hakikatnya singkat tapi sebenarnya aku rasa cukup panjang. Pukul 3 pagi dah bertolak dari kawasan UniMaS (Universiti Malaysia Sarawak) untuk penerbangan ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dan seterusnya jam 8 malam baru ada penerbangan ke Alor Setar (Sultan Abdul Halim Airport ß Maybe laa.. Aku hentam je, eheh!)
Sepanjang perjalanan, aku cuba kenal ramai karakter-karakter manusia yang berbagai dari serata dunia. Aku jumpa orang Jepun, Korea, orang Arab Saudi, orang Melaka, orang Indonesia, orang China dan banyak lagi. Karakter yang berbagai buat aku memanipulasikan mereka dalam satu hipotesis kehidupan iaitu wujud karakter manusia seperti “Dr Jekyll and Mr. Hyde” Maksudnya ada yang karakter yang ‘positif’ dan ada yang ‘negatif’.
Dah balik rumah, aku terlibat dengan beberapa aktiviti persatuan Ikram dan aku turut bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah kilang berdekatan kawasan perumahan aku iaitu di Kilang S****. (Nama dirahsiakan atas dasar kutukan yang bakal berlansung)
Ikram merupakan satu pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak agama Islam di Malaysia khususnya. Aku terlibat dengan Ikram bagi peringkat Sungai Petani sahaja. Memang seronok. Aku kenal ramai ‘makcik-makcik’ yang aku kategorikan sebagai orang alim-alim. Mereka baik, mereka sentiasa memuhasabah diri sendiri setiap kali terlanjur melanggar apa yang ditetapkan Allah Swt. Mereka selalu mengingatkan aku tentang kekuatan Allah Swt dan betapa eratnya silaturrahim yang dibina ahli Ikram. Dalam sekelip mata aku berubah mengikut personality yang ditetapkan syarak dan aku bangga kerana akhirnya keyakinan aku terbentuk melalui pertubuhan ini.
Okeyh! Part paling best adalah ‘makcik-makcik’ yang suruh aku panggil dorang makcik ni sebenar dalam kalangan orang yang hebat-hebat. Makcik yang menjemput aku dari rumah untuk ke program Tadarus Al-Quran itu sebenarnya seorang Pensyarah di Ipsah (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim). Okeyh! Tu biasa lagi, yang jadi kawan aku adalah seorang guru kelas di Ppai. (Sekolah AL Islah), seorang lagi merupakan seorang Doktor Pakar bedah, pakar mata, pakar psikologi, Pengurus Syarikat Prudential, Adik kepada Dr.Daniel Zainal Abidin, Isteri Pengurus Besar, Datin-datin ‘maybe’ dan sebagainya lagi. Dan paling utama! Depa suruh aku panggil depa M.A.K.C.I.K!
Sangat Hebat! Kaya dan sangat besikap positif. Sangat Baik. Sebab itulah aku analogikan mereka sebagai Mr. Jekyll. Mereka tetap hamba Allah.
Hamba Allah. Tapi tak pernah berlagak. Sentiasa bersikap bersederhana.
Bukan nak kutuk. Tapi dalam masa yang sama aku turut menghabiskan masa untuk buat part time di Kilang dekat kawasan perumahan aku. Gaji boleh tahan, sehari RM49.00 dan kerja selama 8jam, berdiri! Isnin- Jumaat. Mula-mula rasa terbeban jugak. Sakit badan-badan. Tapi lama-lama Alhamdulillah.. dah ok dah..
Cuma..
Ha! Ni laa yang aku nak cerita pasal Mr.Hyde dorang ni.. (Bukan nak kutuk atau mengata pada bulan Ramadhan yang mulia ini, ada jugak part dorang yang baik_tapi bahagian negative dorang ni lebih holistic_lebih jelas_lebih nampak berbanding kebaikan dorang yang agak tersembunyi_mungkin dorang taknak menunjuk kebaikan dorang)
But the way how is it, yang aku dapat lihat adalah Mr.Hyde dorang tu lebih banyak! Sampai tak dapat lah aku nak menahannya.. Dorang ni memang mulut….. Ha!
Pot.. Pet.. Pot.. Pet..
Aku baru buat salah sikit..
Sikit je pun..
Terus membebel..
Padahal kakak-kakak tu boleh je ajar dulu (aku panggil dorang kakak, walaupun umur dorang sebaya mak aku).. then kalau buat salah, tegur aku! Ni tak, asyik nak marah-marah je! Okeyh! Tipu. Bukan aku jadi mangsa keadaan tu, tapi kawan aku! (Aku selalu wat keja elok2.. Alhamdulillah.. hihi) Tapi, apa pun aku tetap tak puas hati!
Kita patut letak slogan dekat kilang tu..
“Tingkatkan Produktiviti dan Kualiti, Kurangkan Marah-marah”
Ataupun..
“Tingkatkan Tunjuk Ajar, Kurangkan Membebal”
=_=”
Lebih mudah dah elok dari segala sudut perspektif. Itu baru satu, yang kedua.. dorang ni memang tak letih untuk bukak cerita pasal orang a.k.a Mengumpat! Setiap masa, mengumpat! Kawan sendiri pun dorang mengumpat! Bulan-bulan Ramadhan pulak tu. Adoyai.. semak!! Semak otak!! Baru nak tambah pahala, buat kerja halal dan penuh keberkatan.. dorang dah mengajar aku perkara-perkara macam tu. Okeyh! Fine.. benda macam ni sudi pulak dorang ajar..
=_=”
Kan elok setiap kali insert barang kat line tu, berzikir ke.. baca surah-surah pendek dalam Al-Quran ke… (Bukan nak tunjuk alim, but its only the way untuk suruh dorang shut their mouth!) Sangat penat dengar umpatan dorang. Jangan-jangan aku pun dorang mengumpat!
That’s why I have to lie to them! Aku terpaksa tipu yang aku ni budak tak pandai.. tak pernah dapat keputusan yang elok dalam exam. Tak dapat masuk Universiti mana-mana pun. Dah mohon banyak kali, tapi tetap tak dapat.. ß Cara-cara merendahkan diri.
Walaupun hakikatnya aku merupakan pelajar Ijazah di Universiti Malaysia Sarawak di bawah pengajian Sains Sosial Program Komunikasi ß Ala-ala kewartawanan gitu.. (Bangga seketika) Hahaha.. Aku tak cakap sebab aku tahu nanti dorang akan perlekehkan aku. Hah! Part paling best!
Dorang ada tanya aku either aku ada mohon lagi sekali tak Universiti. And then aku cakap ada.. aku cakap aku mohon Universiti Malaysia Sarawak. Pastu dorang cakap kat aku yang mesti aku dapat sebab Unimas tu Universiti lekeh-lekeh. Kalau keputusan macam aku komfom dapat! Ceh!!! Unimas tu dalah ranking 1-15 kat Asia okeyh! Asia!!
Nampak tak permainan dorang kat situ. Tapi aku wat muka hipokrit jelaa.. Malas nak bercakap. Kan berdiam tu lebih baik. Dah aku diam beberapa saat, terbukak pulak cerita yang anak-anak dorang dapat sambung belajar kat semenanjung. Kata dorang pusat pengajian tinggi kat semenanjung lebih elok! Susah nak dapat. Kalau dapat dah kira hebat!! Padahal diploma jer.. Sijil kemahiran jer! Subahanallah!!!
Grr!!! Geramnya aku..
But, like always.. aku tetap buat bodoh..
The true kejahilan mereka lebih terbuka bila aku dapat tahu mereka ni isteri orang, tapi dengan tanpa segan silu cakap kat aku yang dorang nak cari pakwe ß boyfriend baru! Sebab dorang cakap dorang bosan dengan suami dorang! Pastu dorang tanya pendapat aku.. Aku cakap lah..
“Kalau saya jadi akak laa.. Takdelah nak cari boyfriends baru kat sini. (Sini tu maksudnya kilang) Bukan boleh bagi saya duit pun macam suami saya bagi.. Bukan boleh sayang saya macam suami saya sayang saya.. Ikut saya, sorang pun dah susah nak jaga hati.. dah cepat bosan! nak lagi banyak-banyak..” cuba untuk mematikan hasrat dorang dengan kata-kata berserta senyuman. (Eii!! Dorang ni macam tak pandai bersyukur ada suami depan mata! Setialah sikit!! Anak dah 2-3.. Dok main mata dengan budak sebaya dengan aku..) ß Cakap macam ni nanti aku dah kahwin, aku pulak kena uji.. Huhu..
Aku pun taknak lah bukak aib dorang banyak-banyak. Eloklah cukup aku tunjuk sebahagian diri Mr.Hyde dorang tu. Apa yang aku nak terangkan adalah, mesti korang nampak perbezaan cara hidup dan kelakuan kedua karakter manusia yang cuba aku tunjukkan.
Di pertubuhan Ikram bagaimana?
Di kilang bagaimana??
Padahal mereka ada hamba Allah swt yang sama Allah swt jadikan daripada tanah. Tapi mengapa karakter mereka berbeza-beza??
Justeru itu.. fikir dan tanamkan dalam hati.
Karakter yang bagaimana yang korang nak bentuk dalam diri..

-Wassalam-

Saturday, 8 June 2013

"Hadiah untuk ibu,"-Along


"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi. 

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. 

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. 

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. 

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. 

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. 

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. 

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. 

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. 

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. 

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. 

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. 

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. 

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. 

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian. 

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. 

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. 

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. 

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. 

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. 

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. 

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. 

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?" 

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. 

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. 

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. 

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. 

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi. 

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. 

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang. 

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" 
"Hari ni laâ.." Balas Along. 
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?" 
"Bukan, minggu depan" 
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi. 
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum. 

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. 

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. 

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin. 

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. 

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. 

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. 

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka. 

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!" 

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...

-Copy from Facebook-

Istikharah

Baru-baru ini saya sering terdengar berkenaan kisah ‘CINTA TAK MENJADI’. Maksudnya cinta tak kesampaian ke jenjang pelamin. Situasi yang dapat saya berikan di sini adalah seperti berikut :-

Situasi 1
“Kami dah bercinta selama 7 tahun, sejak sekolah menengah lagi. Kami betul-betul sayang dan cinta antara satu sama lain. Ibu bapa kami pula tidak menghalang percintaan kami. Apabila kami masuk ke Universiti, walaupun kami belajar di Universiti yang berbeza, cinta kami tetap teguh. Tapi, bila tiba masa nak berkahwin, macam-macam halangan mendatang. Contohnya, jiwa jadi tak bersedia. Masa tak sesuai, wang tidak mencukupi dan sebagainya lagi. Padahal masing-masing dah meletakkan bajet masing-masing.”

Situasi 2
“Kami bertemu atas dasar pilihan keluarga. Apabila berlaku taaruf antara kami, kedua-dua kami telah jatuh cinta antara satu sama lain. Mungkin atas dasar rupa. Namun, apabila tiba waktu perkahwinan, hati jadi tak tenteram. Jiwa jadi tak tentu hala. Bagaikan tak mampu untuk menggalas tanggungjawab untuk menjadi suami/isteri kepada pasangan masing-masing,”

Seperti apa yang kita dapat lihat melalui situasi yang diberikan, jelas bahawa tak semestinya perasaan cinta itu akan membawa kepada insitusi perkahwinan yang berjaya. Tetapi perkahwinan itu boleh membawa kepada percintaan yang berjaya. Pernahkah anda mendengar mengenai pepatah ini :-

“Aku mungkin tidak akan bernikah dengan orang yang aku cintai,
Akan tetapi aku pasti akan mencintai orang yang aku nikahi”

Pepatah yang mampu memberikan sejuta makna kepada saudara/saudari kita yang sedang begitu hangat bercinta. Terlupa mereka bahawa tak semestinya percintaan itu lulus kepada perkahwinan. Jadi, cinta itu tak perlu juga sebenarnya sebelum perkahwinan. Tapi, bukanlah saya kata cinta itu tak perlu lansung kerana kita perlu tahu dan sedar bahawa perasaan cinta itu suatu anugerah dari Allah SWT kepada makhluknya. Sesuai dengan firman-Nya :-

"Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,"
(Surah An-Naba'_Ayat 8)

Cuma apa yang saya tekankan di sini adalah betapa ‘melampau’nya cinta saudara/saudari di dunia ini melebihi cinta kepada Allah SWT. Cinta itu perasaan kasih dan sayang. Bukan sahaja kita khususkan pada mencintai pasangan kita tapi juga mencintai Tuhan kita iaitu Allah SWT. Mungkin anda pernah dengar akan pepatah ini:-

“Cukup mencintai aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan”

Pepatah ini cukup membawa erti. Cinta itu memang indah. Cinta itu mampu membawa kita kepada ketenangan. Tapi jika cinta itu kita curahkan pada yang sepatutnya. Iaitu kepada Allah SWT dan pada yang sedia halal. Anda tidak boleh salah faham dengan konteks Cinta yang cuba saya tekankan dalam artikel kali ini kerana sesungguhnya jika cinta yang kita curahkan itu tidak kena pada tempatnya, ianya mampu membawa kepada kesengsaraan jiwa,nafsu dan perasaan lantas membuka ruang kepada syaitan untuk melaksanakan tugasnya.

Berbalik kepada tajuk yang dibawa, kita sebagai manusia kita tak tahu rahsia Allah SWT. Terutamanya berkenaan jodoh kita. Seperti situasi yang saya berikan, walaupun ketika mereka bercinta mereka yakin akan jodoh mereka, namun dalam sesaat Allah SWT mampu mengubah perasaan hati mereka kepada tidak yakin. Kerana apa? Kerana sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah SWT. Mungkin tak tertulis nama mereka di Luh Mahfuz. Jadi, apa yang paling penting?? Bagaimanakah caranya kita nak tahu siapa dan apakah petunjuknya?

“Kita datang dari Allah SWT, dan kita kembali juga kepada Allah SWT,”

Justeru itu, kita kembali kepada Allah SWT. Jodoh itu rahsia Allah SWT, jadi kita minta petunjuk dari Allah SWT supaya membuka rahsia-Nya agar hati kita tak mudah rebah. Tak mudah jatuh pada cinta duniawi. Biar hati kita khusus pada Dia. Mintalah petunjuk-Nya.

Kaedah?? Apakah kaedahnya kita nak minta Allah SWT buka rahsia berkenaan jodoh kita?? Beri petunjuk pada hati kita yang goyah dan mudah menerima cinta insan yang kita belum pasti menjadi jodoh kita. ISTIKHARAH.

Niat Solat Sunat Istikharah :-

USHALLI SUNNATAL ISTIKHARAATI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALA. ALLAHUAKBAR.

(Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala)

Doa Solat Sunat Istikharah :-


Syarat-syarat Istikharah.



Sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Salam Ukhuwah.

Thursday, 6 June 2013

Ujian itu Lumrah Dunia bagi mereka yang BERIMAN

Sebagai seorang manusia, sebagai hamba Allah SWT, kita tak pernah lepas dari sebarang ujian.

Ujian dari Allah SWT dapat saya bahagikan kepada dua bahagian yang secara fizikal dan juga secara mental. Secara fizikal yang saya maksudkan di sini adalah sesuatu ujian, dugaan, atau cabaran yang melibatkan tubuh badan seperti kehilangan anggota badan, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Manakala ujian secara mental yang saya maksudkan adalah perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Contohnya berkenaan kehilangan ahli keluarga, dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Sebarang ujian yang datang dari Allah SWT perlulah kita kembali kepadanya tak kira ujian secara fizikal mahupun secara mental kerana sesungguhnya Allah SWT ingin menguji sebanyak dan sekuat mana kekuatan iman kita. Perkara ini ditegaskan dalam firman Allah :-

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
(Surah Al-Ankabut_Ayat 2)

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa setiap manusia yang wujud dan hidup di dunia ini, maka Allah SWT akan mengujinya. Jadi sesungguhnya, kita patut kembali kepada Allah SWT dalam setiap urusan dan ujian yang mendatang. Walau betapa sukar dan payah kita nak tempuh ujian tersebut, Janganlah sekali-kali kita menganggap bahawa ujian Allah SWT adalah seksaan pada kita, kita kembali saja pada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku di dunia ini.  Allah pasti akan memberikan bantuan pada hambanya seperti mana Allah SWT memberikan bantuan pada orang-orang terdahulu.

Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata, "Kami beriman kepada Allah," tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cobaan manusia itu sebagai siksa Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia?
(Surah Al-Ankabut_Ayat 10)

Berbalik kepada ujian hati dan perasaan, kita memang selalu menghadapi masalah ini. Sering-sering kita menghadapi masalah ini ketika kita sebagai manusia semakin meningkat dewasa. Ujian ini makin hebat ketika kita kian mengenal apa itu erti kasih sayang, cinta dan sebagainya. Hati dan perasaan kita sering terganggu dek terlalu memikirkan berkenaan orang-orang 'hidup' dalam pemikiran kita selaku orang yang kita sayang. (mencari jodoh)

Selalunya kita selalu di uji dengan munculnya perasaan terhadap seseorang yang kita tidak kenal. Maksudnya perasaan kasih dan sayang yang wujud selain daripada ahli keluarga kita. Perasaan kasih sayang dan ingin berpasang-pasangan yang hadir terhadap seseorang hamba Allah SWT yang lainnya merupakan lumrah alam, sesuai dengan Firman Allah SWT:-

"Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan,"
(Surah An-Naba'_Ayat 8)

Jadi memang jelas, tiada unsur kesalahan yang wujud apabila kita mula menyayangi seseorang. Tetapi, unsur kesalahan itu akan wujud sekiranya cara kita mendapatkan kasih sayang itu bertentangan dengan syariat Allah SWT. Dan cara yang kita nak laksanakan yakni cara kita nak dapatkan kasih sayang inilah yang saya katakan sebagai salah satu ujian mental dari Allah SWT. Mengapa saya katakan sedemikian?

Jelas bahawa sesungguhnya perasaan merupakan satu perkara yang akan mengganggu setiap perlakuan dan tingkah laku kita. Perasaan mampu membawa kita ke ruang pahala dan mampu juga membawa kita ke lembah dosa. Perasaan adalah suatu perkara yang sukar nak kita tafsirkan kerana ianya melibatkan ruang hati. Sesuatu yang kita tak nampak dan sebenarnya sukar kita nak bentuk dengan tangan kita. Perasaan hanya boleh dikawal dan dibentuk melalui iman yang ada. Iman itulah yang menjadi 'tangan' untuk kita bentuk bagaimana acuan hati kita supaya tidak melanggar syariat Allah SWT.

Seharusnya setiap manusia sedar bahawa sesungguhnya setiap apa yang berlaku didunia, walaupun hanya setitis air jatuh ke bumi, walaupun hanya seekor nyamuk datang menggigit, walaupun hanya ada malam selepas siang, ianya sebenarnya ujian dari Allah SWT. Tapi hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui mengapa ia berlaku sedemikian. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu mengapa perlu hanya air setitis yang jatuh ke bumi, mengapa hanya seekor nyamuk datang menggigit, mengapa perlu ada siang selepas malam. Semuanya rahsia Allah SWT.

Allah mempergantikan malam dan siang. Sungguh pada yang demikian itu, pasti terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai penglihatan (yang tajam).
(Surah An-Nur_Ayat 44)

Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu.

Dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hambaNya. Dia Mahabijaksana, Maha Mengetahui.
(Surah Al-An’am_Ayat 18)

Maka jika datang ujian berkenaan fizikal mahupun mental, redha, bersabar, berdoa dan bertawakkallah menghadapinya. Janganlah mengeluh atau menyalahkan Allah SWT atas segala yang berlaku. Sesungguhnya Allah SWT telah menyediakan sesuatu yang terbaik untukmu di sebalik ujian yang diberikan. Kembalilah kepada Allah SWT dalam setiap urusan.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
(Surah Al-Fatihah_Ayat 5)

Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan hanya kepada Allah-lah kembali (seluruh makhluk)
(Surah An-Nur_Ayat 42)

Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.

(Surah An-Nur_Ayat 57)